Thursday, April 18, 2013

Memang Allah Sengaja

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada pada Allah.
 
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.
 
Sabda Nabi:
"Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit" (riwayat Tabrani).

Tuesday, April 9, 2013

Patah Seribu

Oh semalam cermin keretaku retak seribu. Sama ada kereta terlampau panas atau ada pakcik mesin rumput telah berjaya mempelantingkan batu dan terkena cermin keretaku.
Surprisingly, aku hanya panik sekejap je lah, then I know what to do - pegi mekanik terus. Ganti cermin.
Tak perlu lah nak marah2 atau menyumpah2. Ada sikit lah dlm hatikan, tapi hapuskan segera lah!
Move on, agaknya adalah tu aku belum sempurnakan tuntutan. Kena muhasabah sikit nampak gayanya ni.
Oh cermin retak ni mcm ada iras lagu Shila Amzah - Patah Seribu. Mcm nilah rupa lagu ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 2, 2013

Bonanza from Mekah

Semalam ada hamba Allah beri saya hadiah yang sangat istimewa.
Katanya hadiah istimewa ini ialah untuk orang yang sangat istimewa.
Katanya 1 dalam 1 juta.
One in a million.

Istimewa sangatkah pengorbanan ini?
Penghargaan, hadiah dan pujian, memang tak pernah masuk dalam agenda saya.
Saya suka kawan saya kata semalam, ayatnya ialah Fi Sabillillah.
Jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu. Itulah peperangan sebenar.

Rezeki pulak bila dapat hadiah dari Mekah ni.
Tempat suci, amalan suci, insya Allah orang yg menerima hadiah akan terus berusaha menyucikan hatinya.
Ya Allah, jadikan Al-Quran ini cahaya dadaku, pengubat kesedihanku, sumber kekuatanku dan cahaya amalanku di akhirat kelak. Amin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone