Monday, July 27, 2009

Memoirs of 12 Years

What - Today, 12 years ago, Mr. X had made a commitment. 

Where - We were sitting at the staircase, talking casually, at one of my friend's apartment, in Bloomington, Indiana.

How - maybe because he was tired of being lonely. Feeling lonely could be a killer, especially when family members were thousands of miles away and communication channels were not as sophisticated as what we have today. Best bud would be the answer. Someone to share your ups and downs. Someone to talk to when you feel like talking without any specific subject matter. Someone to laugh together and cry together.

Outcome - I have become Mr. X's best bud since 27th July 1997. How time really flies.

Wednesday, July 22, 2009

Abang Norman Lagi

Semenjak dua menjak Abang Norman dah nak kahwin ni, biarlah aku dedicate a space to talk about him sikit. Last Sunday in the newspaper, more inside information was revealed. Among the surprising facts:

1. Shireen was married twice, with no child. (Norman siap boleh cakap, dia takde hal kalau takde anak, boleh ambik anak angkat. Ko bior betul. Nanti dah kahwin baru rasa camne kot. Aku rasa perihal anakdalam perkahwinan kita tak boleh cakap selagi kita belum kahwin. Hanya org yg dah kahwin saja ada lesen nak cakap perihal anak ni lah, in my humble opinion).

2. Shireen was a 44 year old divorcee while Norman confessed that even though he's 37, his thinking is of a person aged 47. (Yang ini aku percaya lah..kalau tak, susah dia nak maju mcm sekarang. Maybe lepas kahwin terus age 67 kot..).

3. At first Norman planned to get married quietly, in a boat in Sydney. (Can you believe it??? Tapi bila ramai wartawan dpt hidu kisah nak kahwin dia, dia cancel idea tu. Member siap dah tempah bot tau, dah bayar pun aku rasa...isk isk isk....inilah gaya hidup bila dah kaya agaknya).

4. Shireen is a cousin of Melia, Edry's wife, and she and Norman have known each other more than 5 years. (Lama tu, aku rasa Norman memang betul2 teliti ciri2 pompuan yg bagaimana yg boleh tahan dgn kesibukan dia dan "ketidakadamasanaklayan" dia tu.

5. Lastly, Norman wants people to know that it is not a marriage of convenience. (Yg ini pun aku tak paham, kenapa dia kata begitu. Adakah kerana Shireen ni anak datuk, so dia ada chance to expand his business network? Adakah kerana Shireen dah berusia, so nanti perkahwinan dia tak mcm adik-beradik yg lain? I've running out of theories already).

Memang unik betul perkahwinan Abang Norman. The reasons, the expectations, the outcome, all of which relies very much on his stewardship to steer the marriage. Kalau dia dtg Johor, boleh jugak aku pas satu buku agama sebagai hadiah kahwin - Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. Belajar2 lah sikit ilmu agama bila dah nak dekat kahwin ni. Bila apa2 hal terjadik kelak, hanya dgn kembali kepada agama yg akan menyelamatkan perkahwinan tu nanti. Takde lain dah. Logik akal dan ego kena buang jauh2. Sanggup kah mereka?

Friday, July 17, 2009

Siapa Teman Hidup Mu?


Aku jumpa tag ni kat Yam punye blog, dan aku rasa dah sampai masa aku pulak nak luahkan perasaan aku melalui tag ni.

1. Siapa name teman hidup anda?

Mohamad Fazle Eka bin Mohd Zulkifli.

Nama memang unik dan sedap tapi aku bercinta gak kalau tolong isikan form, selalu kolum untuk nama penuh tu tak muat. Eka tu ialah gabungan nama atuknya - Embong Kasim. Sebab Eka tu unik, nama anak2 aku pun semua ada Eka - Husna Eka, Huda Eka dan Eusoff Ikbar Eka.

2. Berikan 3 sbb anda pilih dia.

a) Sebab dia tinggi lah beb.

b) Sebab dulu dia sayang giler kat aku.

c ) Sebab dia orang Terengganu, so aku selalu dapat makan keropok ori dari Ganu, makanan favourite aku (agak2 boleh tak alasan ni ek?). 


3. Sebab tertentu anda sayang sangat same dia.

Bapa penyayang. Insya Allah seorang suami yang soleh. AMIN. 

4. Senaraikan 3 perkare yg anda buat bile rindu pada dia.

1) Tengok balik gambar2 lama masa bercinta dan baru berkahwin (oh, aku rindukan saat2 itu). 

2)  Call la.

3) SMS - I miss you. 

5. Berikan ciri-ciri fizikal yang ade pada die.

1)  Attractive height.  

2)  Sepasang mata yg sungguh menawan kalbu. 

3)  Senyuman manis memikat jiwa.  

6. Ape yg kamu buat jika ex-couple dia tibe2 contact dia.

Aku ni kan penyabar orangnya. Tak mudah naik angin. Senang je. Pilih lah. Hahaha... 

7. Apa pendapat kamu dalam memilih pasangan.

Pilihlah yang beragama, nescaya aman dan sentosa hidupmu.


8) Sape sasaran tagged ni?

Sesiapa yg baca tag ni, terutama yg telah berkahwin - Akmal, Hurul, Ahmad Asri....and all my friends.

Monday, July 6, 2009

1st Blogging Anniversary

I am happy and proud that I am able to share my thoughts and reveal my emotions via writing in my blog. Like I said in my first entry way back on June 12, 2008, I have always loved writing. Except due to lack of dicipline and focus in life, I think I should have become a successful novel writer like JK Rowling (hahaha...I could see some of you actually puking). Never mind.

This is how thanks to Mr Bill Gates, our change in culture takes place. In the old days, people keep diaries and write their feelings secretly. Nowadays, it's very rare that people keep diaries. All my work related diaries have been kept in place for 2 years and then out in the dustbin they all go. That's how far keeping a diary goes for me. Again, thanks to my goodfriend Akmal, I am able to write whatever I feel like writing, with no restriction, and best part of all, I could share my thoughts with people.

Many people have given me feedback of what I have written. I've got feedback via phone calls, emails, etc and it really feels great. Some people do not wish to register in blogspot, for whatever the reason. Nevertheless, I know he/she will somehow someday come and read my blog. Well, this is more for my future reference, and also for my future generations to get to know me better. Thanks to all of you who have visited my blog and care to share your thoughts.

Lately, our IT department has blocked blogspot from being access all the time. That means I can only access after work or at home. I will surely write less frequently, but I will continue. Nothing can stop my passion for writing. Heh heh...macam bagus jek...

How time flies. It's been a year. You could sense my mood in writing and obviously, has very much to do with the trials and tribulations of my life. Insya Allah I will keep on writing, no matter how busy. Never start something if you don't dare to finish it.

Sampai Syurga Ya Abang Norman

Gembira aku bila dapat tahu abang Norman akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau dah dua surat khabar Melayu melaporkan yang khabar angin kuat mengatakan dia bakal berkahwin tak lama lagi, memang sah lah. Aku faham benar perasaan abang Norman. Sekuat mana kita bekerja, segagah mana kita melangkah, seteguh mana jiwa dan perasaan mengharungi cabaran hidup dan karier, pasti kita merasa sunyi bila tiada teman di sisi untuk berkongsi rasa gembira, bangga, sedih, kecewa, terharu dan pelbagai lagi rasa dari asam garam kehidupan. Berkongsi perasaan dengan pasangan tak akan sama dengan berkongsi perasaan dengan kawan-kawan, sahabat handai, sedara-mara, mahu pun ibu bapa sendiri.

Kebanyakan orang bujang dan anak dara yang aku tanya, mengatakan mereka berhajat untuk berkahwin, cuma belum berjumpa dengan yang sesuai atau jodoh belum sampai. Tapi niat untuk berpasangan pasti ada. Itulah fitrah manusia. Kita perlukan seseorang berlainan jantina yang kita boleh berkongsi segalanya. Itulah juga antara matlamat perkahwinan, saling melengkapi, sesuai dengan firman Allah - “Dan aku jadikan dari golongan kamu pasangan / teman hidup supaya kamu merasa tenteram dengannya. Itu lah dia antara tanda-tanda kekuasaan Allah bagi golongan yang berfikir”. 

Siapa teman yang abang Norman pilih? Pandai dia simpan rahsia. Rupanya dah 3 tahun berkawan, tapi tiada wartawan yang dapat menghidu. Inilah dia proses percintaaan rahsia antara golongan berkeadaan super busy dan berkedudukan tinggi dalam bisnes. Bila umur kita semakin meningkat, pilihan untuk pasangan hidup semakin terhad. Besar kemungkinan kita akan memilih golongan yang sering kita jumpa tatkala berkerja. Itulah yang berlaku pada abang Norman. Dia memilih pekerjanya sendiri, CEO KRU International – Shireen. Siapa Shireen? Menurut surat khabar, seorang yang lebih berusia dari abang Norman dan pernah berkahwin sebelum ini. Takde pulak cakap ada anak ke tidak. Takpelah, it doesn’t matter.

Tapi kenapa abang Norman pilih wanita lebih berusia dan juga pernah berkahwin berbanding jutaan lagi wanita yang lebih muda dan bujang? Aku rasa macam tahu kenapa. Wanita yang sebegitu biasanya:
1. Lebih matang.
2. Lebih memahami.
3. Lebih mudah berkongsi idea dan hala tuju hidup.
4. Tidak mengada-ngada (haha, sesiapa pompuan yang rasanya dirinya dah matang mesti faham maksud ni).
Abang Norman memang bijak. Kalau dia kejarkan yang satu - S** - semata, memang dah lama dia kahwin dengan sesiapa entah yang pernah digossip dengannya dulu. Abang Norman memberi makna baru dalam erti kualiti untuk mencari pasangan hidup. Bravo Abang Norman!

Aku rasa siapa pasangan hidup kita melambangkan juga keperibadian kita. Siapa yang kita pilih untuk berkongsi hidup di dunia dan juga insya Allah, berkongsi pelamin di syurga kelak, mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. Aku pasti cita-cita pasangan suami isteri Muslim seharusnya untuk hidup bersama dan kecapi bahagia bukan setakat di dunia, malahan membawa hingga ke akhirat dan insya Allah, akhirnya bersama hingga ke syurga. Sometimes bila aku baca surah Yassin, bila tiba part ayat yang maksudnya “Dan mereka dan pasangan mereka berteleku (mengecapi nikmat syurga) di atas pelamin"…kemudian Allah mengucap salam – Salamun kaulam mir rabbirrahim….- "Salam sejahtera daripada Tuhanmu yang Maha Penyayang”, aku jadik sedih. Bukan senang nak tiba ke tahap itu. Cermin diri, jauhnya lagi kedudukan kami ya Allah. Selalu jugak aku berdoa, “Ya Allah jadikanlah kami 2 insan yang berkasih sayang keranaMu, Ya Allah”. Takut jugak bila memikirkan apalah kesudahan hidup aku suami isteri kelak. Sampai mana jodoh ini ya - sampai akhir hayat ke, sampai ke syurga ke, sampai sekerat jalan di dunia ke, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Bijaksana.

Abang Norman tengah busy menyiapkan segala keperluan nak kahwin ni. Apalah agaknya yang sedang bermain di kotak fikirannya, selain hidupnya yang pasti akan berubah bila sudah ada seseorang di sisinya tatkala susah dan senang. Aku doakan abang Norman akan bahagia dan jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Aku doakan juga agar si Shireen ini akan dapat menjaga abang Norman sebaik mungkin, supaya KRU akan terus gah. Jangan pulak merudum sebab masalah peribadi later on. Susah Yusry dan Edry nanti kalau abang Norman jadik bermasalah.

So untuk kes abang Norman ni, aku nak tujukan lagu Faizal Tahir lah, Sampai Syurga. Semoga perkahwinan yang dibina membawa kamu berdua hingga ke syurga milik Allah. Bukan setakat syurga semasa bercinta jer beb.

Sampai Syurga - Faizal Tahir.

Ku membenarkan jiwaku

Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu