Monday, July 6, 2009

Sampai Syurga Ya Abang Norman

Gembira aku bila dapat tahu abang Norman akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau dah dua surat khabar Melayu melaporkan yang khabar angin kuat mengatakan dia bakal berkahwin tak lama lagi, memang sah lah. Aku faham benar perasaan abang Norman. Sekuat mana kita bekerja, segagah mana kita melangkah, seteguh mana jiwa dan perasaan mengharungi cabaran hidup dan karier, pasti kita merasa sunyi bila tiada teman di sisi untuk berkongsi rasa gembira, bangga, sedih, kecewa, terharu dan pelbagai lagi rasa dari asam garam kehidupan. Berkongsi perasaan dengan pasangan tak akan sama dengan berkongsi perasaan dengan kawan-kawan, sahabat handai, sedara-mara, mahu pun ibu bapa sendiri.

Kebanyakan orang bujang dan anak dara yang aku tanya, mengatakan mereka berhajat untuk berkahwin, cuma belum berjumpa dengan yang sesuai atau jodoh belum sampai. Tapi niat untuk berpasangan pasti ada. Itulah fitrah manusia. Kita perlukan seseorang berlainan jantina yang kita boleh berkongsi segalanya. Itulah juga antara matlamat perkahwinan, saling melengkapi, sesuai dengan firman Allah - “Dan aku jadikan dari golongan kamu pasangan / teman hidup supaya kamu merasa tenteram dengannya. Itu lah dia antara tanda-tanda kekuasaan Allah bagi golongan yang berfikir”. 

Siapa teman yang abang Norman pilih? Pandai dia simpan rahsia. Rupanya dah 3 tahun berkawan, tapi tiada wartawan yang dapat menghidu. Inilah dia proses percintaaan rahsia antara golongan berkeadaan super busy dan berkedudukan tinggi dalam bisnes. Bila umur kita semakin meningkat, pilihan untuk pasangan hidup semakin terhad. Besar kemungkinan kita akan memilih golongan yang sering kita jumpa tatkala berkerja. Itulah yang berlaku pada abang Norman. Dia memilih pekerjanya sendiri, CEO KRU International – Shireen. Siapa Shireen? Menurut surat khabar, seorang yang lebih berusia dari abang Norman dan pernah berkahwin sebelum ini. Takde pulak cakap ada anak ke tidak. Takpelah, it doesn’t matter.

Tapi kenapa abang Norman pilih wanita lebih berusia dan juga pernah berkahwin berbanding jutaan lagi wanita yang lebih muda dan bujang? Aku rasa macam tahu kenapa. Wanita yang sebegitu biasanya:
1. Lebih matang.
2. Lebih memahami.
3. Lebih mudah berkongsi idea dan hala tuju hidup.
4. Tidak mengada-ngada (haha, sesiapa pompuan yang rasanya dirinya dah matang mesti faham maksud ni).
Abang Norman memang bijak. Kalau dia kejarkan yang satu - S** - semata, memang dah lama dia kahwin dengan sesiapa entah yang pernah digossip dengannya dulu. Abang Norman memberi makna baru dalam erti kualiti untuk mencari pasangan hidup. Bravo Abang Norman!

Aku rasa siapa pasangan hidup kita melambangkan juga keperibadian kita. Siapa yang kita pilih untuk berkongsi hidup di dunia dan juga insya Allah, berkongsi pelamin di syurga kelak, mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. Aku pasti cita-cita pasangan suami isteri Muslim seharusnya untuk hidup bersama dan kecapi bahagia bukan setakat di dunia, malahan membawa hingga ke akhirat dan insya Allah, akhirnya bersama hingga ke syurga. Sometimes bila aku baca surah Yassin, bila tiba part ayat yang maksudnya “Dan mereka dan pasangan mereka berteleku (mengecapi nikmat syurga) di atas pelamin"…kemudian Allah mengucap salam – Salamun kaulam mir rabbirrahim….- "Salam sejahtera daripada Tuhanmu yang Maha Penyayang”, aku jadik sedih. Bukan senang nak tiba ke tahap itu. Cermin diri, jauhnya lagi kedudukan kami ya Allah. Selalu jugak aku berdoa, “Ya Allah jadikanlah kami 2 insan yang berkasih sayang keranaMu, Ya Allah”. Takut jugak bila memikirkan apalah kesudahan hidup aku suami isteri kelak. Sampai mana jodoh ini ya - sampai akhir hayat ke, sampai ke syurga ke, sampai sekerat jalan di dunia ke, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Bijaksana.

Abang Norman tengah busy menyiapkan segala keperluan nak kahwin ni. Apalah agaknya yang sedang bermain di kotak fikirannya, selain hidupnya yang pasti akan berubah bila sudah ada seseorang di sisinya tatkala susah dan senang. Aku doakan abang Norman akan bahagia dan jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Aku doakan juga agar si Shireen ini akan dapat menjaga abang Norman sebaik mungkin, supaya KRU akan terus gah. Jangan pulak merudum sebab masalah peribadi later on. Susah Yusry dan Edry nanti kalau abang Norman jadik bermasalah.

So untuk kes abang Norman ni, aku nak tujukan lagu Faizal Tahir lah, Sampai Syurga. Semoga perkahwinan yang dibina membawa kamu berdua hingga ke syurga milik Allah. Bukan setakat syurga semasa bercinta jer beb.

Sampai Syurga - Faizal Tahir.

Ku membenarkan jiwaku

Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

No comments: