Ketika usiaku 17 tahun, sejurus selepas SPM, penangan 4U2C dan KRU begitu hebat. Di zaman tersebut, kawanku Emilda begitu meminati si Yusry KRU. Sebab dia minat sangat kat Yusry, aku mengambil keputusan untuk menanam minatku pada Norman si abang. Walaupun dia tak tinggi, dia ada iras2 mat salleh, berbanding adik-adiknya yang lain. Tiada sebab lain. Selain Norman, aku jugak minat pada si AC Mizal dari kumpulan 4U2C tu. Ada sekali tu, aku siap hantar kad raya pada dia dan aku begitu berbangga sebab kad tersebut berbalas dengan kad raya dari kumpulan 4U2C lengkap dengan tandatangan AC sendiri. KRU pun sama, siap ada tandatangan dari Norman, Yusry dan Edry. Bila dapat balasan kad raya dari mereka ni, aku merasa sungguh berbangga sambil menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan yang lain. Wah, bangga sekali. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya dan bangganya aku bila melihat riak wajah rakan-rakan yang begitu cemburu kerana aku telah mendapat sesuatu yang tidak ternilai harganya.
Selain kad raya, aku dan Emilda telah menyaksikan persembahan KRU di Plaza Kotaraya ketika mereka membuat promosi album pertama mereka. Tajuk dia aku pun dah tak ingat. Awas tu album kedua. Ketika itulah minat kami pada KRU berada di puncaknya. Ku lihat Norman dan adik-adiknya begitu bersungguh-sungguh membuat promosi. Selain menyanyi, mereka boleh bermain alat muzik dan menari dengan begitu baik sekali. Banyak juga gambar2 mereka telah ku ambil. Masih ada dalam simpanan ku hingga kini. Di waktu itu aku telah dapat merasakan yang mereka akan pergi jauh dalam industri muzik tanah air kita.
Kisah meminati KRU berterusan ketika aku membuat program persediaan Bahasa Inggeris di PPP, Subang Jaya. Aku masih ingat aku ada satu file, aku sampul bahagian belakang fail dengan poster KRU. Aku ingat sangat sebab aku ada satu gambar dengan rakan sekelas – Nik, Zaidah, Suza, Unai – di mana aku dengan bangganya telah memegang sambil menala gambar poster belakang file tu. Sambil tu ada gaya tangan ala-ala rappers. Memang kelakarlah. Tapi di masa tu aku tidak nampak ada bebudak lain buat perkara yang sama. Cuma aku ada rakan satu dorm yang pegi ke disko dan berjumpa dengan Joe and Azam dari kumpulan 4U2C. Itu aku tidak cemburu, kerana padaku kumpulan KRU adalah lebih hebat. Setakat 7 orang budak hingusan berkumpul dan menyanyi dalam kumpulan, suara pun bukan semuanya sedap, skill menari gitu-gitu je, hensem pun tak semua kan? Sehingga kini ku rasakan keputusanku meminati KRU berbanding 4U2C adalah keputusan yang bijak.
Minatku pada KRU bukan rahsia lagi pada rakan sekelas. Aku masih ingat kata-kata Nor Azrizal, rakan sekelas ketika di Subang, “Lin, tak payah lah susah-susah minat kat KRU ni. Diorang ni semua gay. Aku ada pegi gay club, jumpa diorang ni semua”. Tapi nasihat Arey tidak sedikit pun mematahkan minatku untuk kumpulan adik-beradik ni. Itu hal mereka lah. Yang penting minat aku pada mereka seolah-olah memberi satu kepuasan pada jiwa seorang remaja sepertiku. Aku membeli semua album mereka (kaset dan CD) dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Ketika di US, aku berhubung semula dengan bekas brief boyfren, Azam (ni bukan Azam 4U2C tu, ini Azam rakan sekelas aku terjumpa semasa belajar Bahasa Inggeris di British Council JB waktu menuggu keputusan SPM keluar). Bila Azam tanya ada apa-apa nak kirim dari Malaysia, terus aku nyatakan, “Tolong poskan CD KRU latest boleh?”. Azam yang baik hati telah menghantar 2 CD KRU. Satu yang compilation dan satu yang album terbaru. Terima kasih Azam! Sayangnya kisah cinta aku dan Azam tak menjadi sebab Azam tak barapa tinggi (boleh gitu?) dan aku rasa kami ini sangat tidak sesuai (walaupun Azam dah tujukan lagu Back for Good masa kali kedua kami berhubung selepas terputus sebaik aku masuk PPP). Mesti dia kecewa, maafkan aku Azam! Selepas aku balik Malaysia dan bekerja selama beberapa tahun, dia ada menghubungi aku dan menghantar kad jemputan kahwin. Jadi aku rasa dia sudah boleh move on with his life, just as mine.
Di zaman aku mula-mula kerja, aku masih lagi mengikuti perkembangan KRU. Kisah mereka – antaranya berkenaan Yusry kahwin, gossip Norman dengan Ning/Amy Mastura/Nor Azlina Redzuan/Asfarina, gambar lucah Edry dan Linda – semuanya aku ambil pusing. Tapi lama-kelamaan, minat itu lenyap ditelan zaman. Alam dewasa dan alam kerjaya memerlukan aku menumpukan perhatian pada perkara yang jauh lebih serius, berita hiburan adalah sangat tidak penting bagiku lagi.
Namun begitu, kadang-kadang bila aku terbaca kisah KRU dan perniagaan mereka yang semakin maju, aku tumpang berasa bangga. Inilah satu-satunya kumpulan muzik Malaysia yang mempunyai wawasan. Yusry dan Edry aku rasa patut merasa bangga kerana mempunyai seorang abang yang berpandangan jauh, komited dan berusaha keras untuk merealisasikan impian keluarga, bukan setakat untuk dirinya sendiri. Aku rasa tanpa Norman, dah lama kumpulan mereka berkubur. Kenapa kumpulan lain berpecah tapi KRU maintain, sebab mereka adik-beradik yang berkongsi satu matlamat dan mereka mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma seperti Norman.
Cerita ini timbul sebab aku dapat email in facebook dari rakan baikku di PPP si Nur Hayati. Yatie yang baru berhijrah ke MCMC (Multimedia Commission ??) telah ternampak Norman dan Ferrari merahnya di hadapan bangunan MCMC minggu lepas. Yatie begitu teruja kerana dia asyik terfikir kalaulah Dalin yang nampak Norman, mesti Dalin akan melompat gembira. Norman ke sana kerana membincangkan bisnesnya untuk membuka satu studio ala-ala Universal Studio Hollywood di Cyberjaya bersama dengan bos besar MCMC. Yatie telah menjerit gembira secara tidak terkawal semasa memandang Norman sehingga rakan-rakan sepejabat yang keluar makan tengahari bersamanya merasa begitu terkejut. Norman, bos MCMC dan beberapa rakan Norman juga terkejut dan memandang ke arah Yatie kerana Yatie telah menjerit kuat. Yatie merasa malu dengan insiden tersebut. Rakan-rakannya mula menyindir, “Eh, Yatie sejak bila you minat Norman?”. Kesian Yatie.
Yatie juga terkejut dengan insiden tersebut. Ia seperti tindakan reflex luar kawalan. Dalam kepalanya asyik teringatkan aku. Aku rasa cerita Yatie ni begitu kelakar. Dalam apa-apa hal, Yatie masih anak dara dan Norman pun masih belum jumpa wanita yang sesuai. So, tunggu apa lagik Yatie?
Keputusan aku meminati Norman di waktu remaja tidak salah bagiku. Sehingga kini telah banyak aku pelajari dari perjalanan hidup dia. Bila seseorang mempunyai wawasan yang jelas, begitu komited dan berusaha keras untuk mencapai matlamat yang ada, soal lain harus diketepikan. Aku rasa ini adalah sebab utama kenapa Norman masih solo. Dia ada berkata yang setakat ini dia masih belum jumpa seorang wanita yang memahami jiwanya dan masa terhad yang dia miliki. Kalau teman lelaki tak call seminggu, mana-mana teman wanita pun akan merajuk. Tapi Norman tiada masa nak pujuk. Oleh kerana itu, jadilah Norman lelaki Melayu terakhir, selepas Dr. Nazrin Shah berkahwin dengan Puteri Zara.
Abang Norman – the most wanted bachelor up for grab for lady with the most enduring and tender hearts. Go for it, Yatie! Aku dah tak jeles dah. File aku yang ada gambar poster tu pun dah lama hilang. Ferrari beb…..
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kah kah kah... kelakar!
Kalau Yatie dan Norman menjadi... si Dalin pula akan menunjukkan tindakan reflex luar kawalan. He he... Ke Yatie masih menunggu Brad Pitt?
Hahahaha (ketawa sambil pegang perut). Anything related to Yatie memang biasanya aku akan ketawa...one friend that can really makes me laugh no matter how serious the matter is.
Boyat ka?
Aku mmg respect ngan KRU, dan mmg sebab2 yang kau cakap tu le depa pergi jauh.
BTW, the first album is 'Canggih'.
Bukan Boyat. Tapi Boyat yg dulu satu dorm dgn aku pun tahu pasal aku minat si Norman ni.
Huhu...thanks! It was "Canggih", quite new word at that time.
wahh... rupa2nya kita geng se clublaa...! dulu aku pun minat gila2 kat si norman ni, adik aku lak yusry... segala kaset,cd,dvd,majalah yg ada muka dia... sumer ada...
OMG!!!! it was quite a story there mate sampaikan list ex-kekasih2 mu disebut2 kembali. it was really blast from the past ya for you...well, i should have warned you not to publish this silly story of mine on your blog bcos aku kena mintak royalti sbb guna nama penuh aku plak tu. LOL!!!btw, corrections- my name is spelled as Nor Hayati..he..he.. sedis babe!! Izzat, is that you- mrs loke??
Norman nak kahwin bln 8 nie... The exact date 7.8.2009. :)
hahaha
best gle cte yatie ni
klaka
klo ak jd yatie
ak jerit then snyum jer kt org yg pndg2 2 tmasok Norman
pa2 glak la srang2
hahaha
Post a Comment