Friday, January 29, 2010

I Am A Johorean!

Siti Rahayu forwarded to me this email. It's high time that we recall the history of Johor.

As a reminder to me, the late Sultan Iskandar had passed away 1 week after my sister-in-law Hamidah Abdul Rahman's demise. What a co-incident, since Kak Midah has named his eldest son - Mahmud Iskandar, since he was born during the time when Almarhum was undergoing the honorary process to be proclaimed as the Agong, way back in 1994.

___________________________________________________________________________________

Warga Johor berkabung selama 7 hari kerana kemangkatan Sultan.

 Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar
Ibni Almarhum Sultan Ismail
dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Please note for the 7 days period of mourning in Johor:

Muslim men must wear Songkok with 2 inch white band.

Muslim women must wear white Tudung.

Muslim in uniform/Other races/religion must wear 3 inch black band
on left arm.

 

Sejarah Penubuhan Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud "Permata Berharga". Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran "Seri Maharaja Johor". Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai "Bapa Pembangunan Johor".

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia .

Asal Usul Nama Tempat

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 'pangkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Muar

Muar lahir daripada perkataan 'muara' iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan 'muak' (jemu dan 'mu-aru' (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai..

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.

Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata 'segera amat' atau 'segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, "Segar amat rasa badan ini" kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata 'Perhentian'. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada 'tang merangkak'. 'tang' berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

___________________________________________________________________________________

Johor Bahru - somehow was not included, I wonder.

 

 

 

 

Tuesday, January 19, 2010

Salute to You CEO Azran!

In the news today:

AirAsia X is undertaking a major refurbishment exercise to upgrade all economy and business class seats on board its long-haul aircraft.

Chief Executive Officer Azran Osman-Rani said the first aircraft will be refurbished by February 1, 2010.

The entire exercise, to be done in stages, would be completed by June and provide a more valueble experience for our customers, he said.

Besides the economy seats being refurbished to a more comfortable level, business class travellers will also enjoy a pleasurable journey.
" AirAsia X will have lie flat beds for business class passengers, first of its kind for long-haul aircraft to replace XL seats. There will be 12 lie flat beds in A330 and 18 lie flat beds in A340.

" After taking into consideration complaints (on leg room), we believe the new seats will be more comfortable and relaxing to our customers," he added.

Azran told this to reporters after launching ExxonMobil's "Discover Travel @ Asia" promotion in conjuction with Esso and Mobil's latest Smiles Driver Rewards promotion here today.
 
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
 
Alhamdullillah....thank goodness....I had written the entry for the Aussie trip last May 09 but just couldn't find the right time to publish it. Imagine being onboard for 8 hours with such a small leg room. If a petite lady like me suffered, just imagine those hunks big chunks whom I sure would swear and convict themselves no more Air Asia in my life! It's worst than the express buses....just imagine...
 
It's heartening to note that Air Asia heeded the customer's complaint. This really symbolizes a company which puts customers at its forefront towards achieving more success. Syabas!

Monday, January 18, 2010

You Will Be Missed

Finally, after 2.5 months of battling between life and death, my sister-in-law passed away last Friday 15 January 2010 at the age of 50.
Here it is to you, Kak Midah - Al-Fatihah.
 
Kak Midah had such a strong aspiration for her life and business she's building. She wanted to take the business very far. All the ground work was almost ready. But Allah must have loved her more. Life as an entrepreneur was never easy. 
 
I would always remember her as someone with a very strong will power, dedication, committed, persevere and had high ambition in life. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mu. AMIN. 

Thursday, January 14, 2010

The Theory Game

Heartless act of a son and daughter-in-law

A 57-year-old man, who had just undergone heart surgery, thought he could recuperate at home but was in for a shock when his son told him not to return home.

Harian Metro reported that Abdul Rahman Talib was abandoned by the roadside in Kangar with just a bag of clothes by his 30-year-old son after his daughter-in-law refused to let him back into the house.

"I asked my son to drive me to town although I did not know where I could go. Instead, he left me in front of a school".

"I cried as I stepped out from his car. I did not expect him to treat me like this after I've brought him up lovingly all these years," he said, adding that he felt lost wandering around before finally settling down for the night at a bus stop.

Abdul Rahman said the following day, his son had come to look for him but the old man's joy was short-lived when he realised that the son was only dropping off his bicycle.

He said he met an acquaintance near the school two days later and was invited to spend the night at his house.

It is understood that the Social Welfare Department had since sent Abdul Rahman to the Batu Bertangkap Welfare Home in Beseri.

_________________________________________________________________________________________________________________

This sad story brings about several theories:

  1. Maybe the father was not so good to his father or parents when he was young.
  2. Maybe the father was not good enough to his wife when she was still alive (if not she would have taken care of him, instead of the son, wouldn't she?).
  3. Maybe the son follows the footstep of his father by having a wife who overules his decision.
  4. Maybe the father thought he has given sufficient loving upbringing life to his son, but the son may think otherwise.
  5. Maybe the father has not been good to the daughter-in-law before the operations.
  6. Maybe this is pure karma - what goes around comes around.

Moral of the story:

Girl power. When not in control, detrimental consequences to the society.

"Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki supaya menjadi teman dan pendamping, sentiasa memerlukan belaian, tunjuk ajar dan panduan, kerana lelaki itu adalah pemimpin untuk wanita". 

Wednesday, January 6, 2010

School Daze

Setelah puas berfikir dan berfikir, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghantar Husna ke Sekolah Kebangsaan Sri Skudai tahun depan. Bila aku tengok ranking sekolah ni, boleh la tahan. Sekolah bagus tapi budak malas, sama lah jugak kan...so, hopefully she will get a boost by having to attend a good school. Nak hantar ke Convent tu jauh sangat...kesian la...aku dulu sekolah kampung jer..sekolah kebangsaan Kg Pasir...dulu sekolah tu koman je, tak cantek mcm sekarang...
Ini ranking tahun 2007, my sis said last year this Sri Skudai school was third. The lower the GPS the better she said, whatever that means. Poster ni pun tak tunjuk apa makna all those acronyms.




Aku suka betul sign board ni lah...rupa2nya dari sekolah rendah kita dah diajar this concept...bila dah dewasa, macam terlupa la pulak...
Bila petang aku nak register kan sekolah agama, cikgu kata tunggu bulan Julai, sebab ada test. Camne kalau budak tu tak lulus, takkan dia nak deny entry kot? Lagi lah kesian, budak yg sesat akan terus tersesat...nanti aku find out...