Tuesday, December 9, 2014

Keturunan

Sabda Nabi - "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Kerana hartanya, agamanya, kecantikannya dan keturunannya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan bahagia".
Hadith ini bukanlah semata-mata untuk kaum lelaki memilih bakal isteri, tetapi juga untuk perempuan bijak menggunakannya untuk memilih calon suami.
 
Ada sebab mengapa Nabi menyarankan semua faktor ini. Ini bukan perkara suka2 - trial and error. Mari kita lihat salah satu faktor yang Nabi gariskan iaitu - Keturunan.
 
Setelah kita berkahwin, baru kita kenal erti dunia dan erti hidup yang sebenar. Faktor keturunan amat penting kerana di situ kita akan lihat, bagaimana seseorang itu dididik dan dibesarkan oleh keluarganya. Apa yang mungkin tidak elok dalam keluarga dan cara kita dibesarkan, mungkin adalah perkara biasa pada keluarga dan cara hidup pasangan kita.
Norma kehidupan, cara pendidikan, kekuatan iman dan penekanan taqwa, amat bergantung pada faktor keturunan.
 
Selain itu, faktor biologi juga memainkan peranan. Rhesus negatif dan rhesus positif boleh menyebabkan lahirnya anak yang tidak berapa sihat. Juga jika keturunan mempunyai sejarah penyakit seperti gila, sawan, darah tinggi, kanser dan sebagainya, adalah juga faktor yang tidak boleh dipandang enteng. Walaupun penyakit seperti kanser umpamanya, sudah tidak kenal pada keturunan, namun kebarangkalian adalah lebih tinggi jika ibu atau bapa pada pasangan kita mempunyai penyakit itu.
 
Dalam kehidupan dan kepercayaan orang Melayu, faktor saka juga memainkan peranan. Ini sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Kita perlu membuat kajian latar belakang dan keturunan bakal pasangan kita, jika antara ahli keluarganya mempunyai kecenderungan ke arah ini. Saka biasanya akan melibatkan 7 keturunan. Jangan sampai bila dah beranak pinak, baru kita sedar rupanya dalam keluarga pasangan kita, ada benda asing ini, yang akan juga secara langsung melibatkan anak-anak dan cucu-cucu kita di kemudian hari.
 
Bila sudah lama berkahwin, kita kaji selidik kembali, kenapa Nabi menyarankan faktor2 ini. Jika kita rasa kita telah melakukan kesilapan dalam membuat pilihan pasangan hidup, kita tiada pilihan (cerai adalah perkara terakhir) melainkan saling memperingatkan faktor2 ini kepada anak2 kita nanti bila mereka dewasa dan ingin mendirikan mahligai bahagia mereka.
 
Belajar dari kesilapan lalu dari diri sendiri, dan juga diri orang lain. Terutama dari orang yang benar2 sayangkan kita dan ingin melihat kita bahagia.