Minggu lepas pelakon terkenal Umie Aida telah bertunang dengan lelaki pilihannya seorang Datuk. Dalam berita kata hadiah pernikahan dari pihak lelaki ialah apartment mewah di Mont Kiara bernilai RM3 juta. Rumah itulah yang dia buat majlis pertunangannya. Bila ditanya kenapa Umie memilih duda anak dua tersebut yang syarikatnya pernah menerbitkan buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM, Umie menjawab, “Kerana dia ikhlas dalam berkawan dengan saya”.
Ikhlaskah itu?
Kekadang bila gaduh dengan pasangan kita, ada jugak syaitan berbisik dan hati kita berkata, “Laki aku ni kalaulah lebih prihatin, penyayang, berkarisma, suka buat duit macam aku, kan ke best”..ada saja kekurangan pada suami yang kekadang buat kita wish - kalaulah….jadinya, cinta dan pengorbanan aku selama ni kiranya terhapus pahala kalau aku sebut mende mcm tu kan…
Ikhlaskah itu?
Bagaimana untuk kita ertikan perkataan ikhlas ni. Kalau kat surat, kita biasa tulis – Ikhlas Daripada, atau Yang Ikhlas, ini dalam kes surat cinta zaman dulu la kan…maknanya si penulis benar2 menulis dari hatinya yang tulus ikhlas. Ye ke?
Bila orang kata “Saya ikhlas berkawan dengan awak”, maknanya kalau aku ni masih bujang, boleh lah dia segera berjumpa orang tua aku dan masuk meminang. Boleh juga bermaksud, saya berkenan dekat awak kerana sifat mulia yang awak miliki, bukan kerana harta awak, atau condo awak, atau saham dan ladang2 yang awak ada. Saya akan terima awak seadanya. Maknanya saya akan fokus kepada kebaikan yang awak miliki, dan abaikan segala kekurangan, kerana saya faham saya juga ada kekurangan, dalam dunia ini tiada orang yang sempurna.
Tapi bila sudah hidup bersama, kekadang timbul juga persoalan. Kenapalah si dia ni tak berani buat keputusan macam ex aku dulu? Kalaulah dia ni ada sifat sekian-sekian, kan ke lagi best…this twist of feelings, if gone uncontrolled, can be detrimental to the relationship. Sebab aku sure si pasangan pun may have the same wish. Kalaulah bini aku jadik lebih relax, tak berapa serius, kalaulah bini aku ni pandai crack jokes macam orang tu, kalaulah bini aku ni pandai nyanyi suara sedap dan pandai main alat muzik, sure hidup aku lebih ceria, kalaulah….wah, giler banyak kekurangan sang bini ek. So, cinta si suami selama ini, ikhlas ke tak?
Sebab tu Dr. Fadzilah Kamsah pernah beri petua, kalau nak hidup bahagia dengan pasangan, sentiasa ingatkan segala kebaikan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Jangan lah dok fikir and focus pada kekurangan yang dia ada. Syaitan pun mulalah masuk jarum bila kita terlalai seketika. Nampak macam kacang putih kan? But the battle can go unnoticed, as long as we can drive ourselves back to the right path, insya Allah everything will be fine. Semuanya akan dihitung di akhirat kelak.
Ini ada satu lagu yang pada zaman bebudak dulu, aku suka jugak dengar. Tapi aku rasa lirik dia lagik buat kita confuse. Apakah makna Ikhlas.:
Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya
Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh…
Langsung...kekadang rasa macam satu jihad juga, untuk mengikhlaskan hati untuk membuat kebaikan dengan orang, lebih2 lagi orang yang pernah menyakitkan hati kita, melukakan perasaan kita, mengutuk kita, mengumpat kita, etc. Satu jihad tu. Satu perjuangan.
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment