Aku agak terkesima di saat aku menerima email forward dari seorang rakan (yg belum lagi attend ESQ) yg mengatakan ESQ adalah HARAM. Kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan yg telah diwartakan, amat memeranjatkan.
Terus aku mem"forward" email tersebut pada alumni ESQ yg aku kira sangat bersyukur kerana mereka telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut dan mendapat manfaat yg tiada tolok bandingnya. Mereka semua seperti tidak percaya. Kami semua merasakan tidak ada langsung akidah kami yg terjejas setakat ini. Malah ia berjaya mendekatkan kami dgn Sang Maha Pencipta. Seperti yg aku biasa tulis dalam entry2 tahun 2008, aku byk mengingati pelajaran dan peringatan dalam syllabus ESQ untuk aku mencari kekuatan di saat aku diuji dgn hebat oleh Sang Maha Mengasihani.
Alkisah rupanya Mufti Wilayah belum pernah pun menghadiri kursus ESQ. ESQ mempunyai 5 orang panel syariah yg amat berpengalaman dalam hal ehwal agama dan ramai cendiakawan dan ahli agama telah menyertai program ESQ dan semuanya menghargai dan meluluskan program tersebut. Termasuklah pihak JAKIM juga.
Perkara ini memang pelik. Aku ada terdengar ada ramai non-muslim yg telah mendapat hidayah dan petunjuk dari Yang Maha Pemberi Jalan dgn menghadiri kursus ESQ. Jadi persoalannya, kenapa perkara yang baik ini telah diharamkan?
Bukan senang untuk mendapat Hidayah dari Allah. Salah satu cara yg memudahkan ialah melalui ESQ training ini. Pelajarannya amat aku ingat, di saat aku menghadirinya pada bulan Mei 2007 di Persada Johor, akulah salah seorang ALUMNI JB Angakatan 1, sampailah sekarang, no course can reach right through your heart and connect you with the Ultimate Force, other than this one special course.
Entahlah. Agaknya ini satu ujian buat pihak pengurusan ESQ dan Dr. Ary khususnya. Perjuangan biasanya akan ada halangan. Seperti kisah para rasul2 dan nabi2 kita, semuanya mengharungi rintangan yg amat mencabar. But triumph will prevail at the end. Barulah namanya perjuangan.
Salam Perjuangan 165!!!!!
No comments:
Post a Comment