Tuesday, July 26, 2011

Arowana Stay or Go?

2 out of 3 arowana at the lobby. Do they count in the due diligence? Fixed assets? Depreciation value or potential hike in value? Will be auctioned off?

If only the arowanas could talk...they have surely seen it all.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 14, 2011

Al-Qasas

Antara kupasan dalam terjemahan surah Al-Qasas, Allah memujuk rasulullah supaya jgn bersedih bila kaum kafir di Mekah menolak ajakan baginda utk memeluk islam. Allah menyuruh supaya rasulullah kuatkan semangat sebagaimana kuatnya semangat Nabi Musa semasa menentang firaun. Bila org kaya di Mekah persoalkan ajaran rasulullah, Allah bagi perbandingan kisah Qarun. Jgn lah berbangga sgt dgn harta kekayaan yg diberi, kalau Allah nak ambil, anytime. Seperti harta Qarun, dia dan hartanya sekali diterbalikkan dan ditelan bumi dlm sekelip mata.

Bersyukurlah dgn apa yg kita miliki. Semuanya milik Allah, hanya diberi pinjam.

Rupanya nama Nabi Musa disebut 122 kali dalam Al-Quran. Allah saja tinggalkan piramid dan segala harta Firaun di Mesir supaya ia menjadi peringatan kepada umat manusia hingga akhir zaman. Semua yg ada, ada byk maknanya.

Semoga Allah murahkan rezeki aku lagi, boleh pegi melawat Mesir pulak. Mudah-mudahan boleh menziarah ke Bukit Tursina, tempat Allah berkata-kata direct dgn Nabi Musa. Amin....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 5, 2011

My Favourite Sushi

I can eat this for 1kg.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Senang Buat Pahala Berbanding Dosa

Dalam kitab karangan ulama' Sufi Syaikh Abd al-Shamad al-Jawi al-Falimbani yang bertajuk 'Jalan Kemuliaan Ahli Sufi'  telah diriwayatkan sebuah hadis oleh Anas r.a :

 Telah bersabda Rasulullah SAW "Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dituliskan atasnya."

 Maka bertanya seorang Arab Badwi :  "Jika dia taubat..?"

Maka Rasulullah SAW menjawab: "Jika dia taubat dihapuskan dosa itu daripadanya."

Badwi itu bertanya lagi: "Jika dia mengulanginya..?"

Rasulullah SAW menjawab: "Dituliskan pula atasnya."

 Badwi itu bertanya lagi: "Sampai bila..?

Rasulullah SAW menjawab: "Sehingga dia mengucapkan istighfar dan bertaubat kepada Allah Taala daripada dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Taala tidak pernah bosan mengampuni hamba-Nya hinggalah hamba-Nya itu bosan memohon keampunan daripada-Nya.

Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan, maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika dia mengerjakan kebaikan itu , maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan, yang kemudiannya  digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala.

Sebaliknya, seorang hamba yang  bercita-cita hendak melakukan kejahatan, maka tidak dituliskan lagi baginya satu kejahatan. Jika dia telah melakukannya,

maka barulah dituliskan baginya satu kejahatan dan disebaliknya itu masih terbentang sebaik-baik kemaafan daripada  Allah 'Azza wa Jalla."