Dalam kitab karangan ulama' Sufi Syaikh Abd al-Shamad al-Jawi al-Falimbani yang bertajuk 'Jalan Kemuliaan Ahli Sufi' telah diriwayatkan sebuah hadis oleh Anas r.a :
Telah bersabda Rasulullah SAW "Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dituliskan atasnya."
Maka bertanya seorang Arab Badwi : "Jika dia taubat..?"
Maka Rasulullah SAW menjawab: "Jika dia taubat dihapuskan dosa itu daripadanya."
Badwi itu bertanya lagi: "Jika dia mengulanginya..?"
Rasulullah SAW menjawab: "Dituliskan pula atasnya."
Badwi itu bertanya lagi: "Sampai bila..?
Rasulullah SAW menjawab: "Sehingga dia mengucapkan istighfar dan bertaubat kepada Allah Taala daripada dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Taala tidak pernah bosan mengampuni hamba-Nya hinggalah hamba-Nya itu bosan memohon keampunan daripada-Nya.
Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan, maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika dia mengerjakan kebaikan itu , maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan, yang kemudiannya digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala.
Sebaliknya, seorang hamba yang bercita-cita hendak melakukan kejahatan, maka tidak dituliskan lagi baginya satu kejahatan. Jika dia telah melakukannya,
maka barulah dituliskan baginya satu kejahatan dan disebaliknya itu masih terbentang sebaik-baik kemaafan daripada Allah 'Azza wa Jalla."
No comments:
Post a Comment