Today aku dapat forwarded email Salih Yacob kahwin isteri ke-4. Budak Johor rupanya, nikah di masjid Kulaijaya. Apa agaknya dalam perancangan isteri baru dia ni, setelah bergelar isteri?
Wah, dalam forwarded email tu, adalah lelaki2 yg komen, antaranya, "Siapa yg bujang tu cepat sikit kahwin, sebelum kami tambah lagi....". Wah wah wah....tambah nasi ke bang? Agaknya tambah isteri ni senang bangat mcm tambah nasi kot? Sebab tu ada berita last week kes di Sarawak yg nikah di seberang hanya RM18. OKlah tu kan, harga Nasi Ayam kat Tesco pon dah naik jadi RM8 sepinggan, so tak lama lagi jadiklah dia RM18, tunggu masa je tu. Agaknya memang betul lah, nak tambah isteri ni mcm nak tambah nasi. Ye tak? Begitu mudah.
Salih Yacob memang idola ramai lelaki. Lelaki yg bagaimana? Tahu tak nak panggil Salih Yacob jadi pengacara majlis makan malam 1 jam kena bayar RM20 ribu? Itu harga dia sekitar 3 tahun lepas. Tak tahulah berapa market rate Salih sekarang. Sebab tu dia boleh pakai BMW. Kalau satu jam satu malam RM20k, katalah 4 minggu ada 4 shows, maknanya RM80k, weekend money. Gaji di Suria FM Sinar Pagi, berapa agaknya...kalau Linda Onn RM18k, Salih mungkin dekat2 kot. So, katalah RM20k jugak, so dah RM100k. Lain2 drama, show, movie lagi....jadik jurucakap produk lagi...katalah sekitar RM150k sebulan....nah.....boleh lah ada 4 cawangan....cukup ke, kalau Nasi Ayam dah jadi RM10 sepinggan nanti nak tanggung 20 anak? Salih mungkin boleh...lelaki lain boleh ke?
Itu baru bab duit...memberi nafkah zahir. Bagaimana soal nafkah batin? Nafkah batin bukan setakat bermaksud *tooooot* je tau, ia merangkumi soal didikan agama, kasih sayang, pengisian jiwa dan yg sewaktu dengannya. Kalau sorang isteri pon rasa mcm ZERO, camana nak jawab kalau beristeri lebih. So nanti kat Padang Mahsyar masa kiraan hisab, org yg kahwin lebih ni kena jawab lebih byk soalan lah ye. Bukan mulut yg jawab bang, tapi seluruh anggota badan menjadi saksi. Mereka pon "I followwwww....".
Fikirlah masak2, hidup di sana lebih lama dan kekal abadi. Maka jadikanlah ia penghidupan yg jauh lebih baik dari hidup kita di dunia sekarang. Pesanan buat diri aku dan diri mu.
No comments:
Post a Comment