Tuesday, November 17, 2009

Can't Touch This

Satu pagi di radio IKIM, tajuk perbincangan ialah – Wajarkah duit EPF digunakan untuk menunaikan Fardhu Haji. Aku memang tak setuju. Aku dail nombor IKIM tapi line jam. Hampir 80% pendengar setuju, antara alasan mereka:
1. Eh, itu duit kami, biarlah kami pakai sementara masih hidup.
2. Invest kat Public Mutual boleh, apsal utk pegi haji tak boleh?
3. Sementara masih muda dan bertenaga, inilah masa sesuai nak pegi haji. Bila dah tua, ramai yg dah tak larat.
4. Siapakah kerajaan (EPF to b exact) untuk melarang kami dari menggunakan hak kami?
5. Dan banyak lagi alasan2 budus lain.

Antara 20% response yg sama pendapat dgn aku kata:
1. Please check your fact right. EPF is formed for a special purpose – to protect members by having savings to upkeep their life after retirement. This can never be changed. Bravo Pakcik!
2. Kalau nak pegi haji, simpan lah duit kat Tabung Haji. Apa kejadah ko nak pakai duit EPF? Betulllllll….

Sebenarnya aku sedih dengan keadaan ni. Kebanyakan orang kita nak senang dengan mudah. Nak usaha lebih sikit malas. Nak pegi haji nak pakai duit EPF. Katalah kan, pihak Najib dan Rosmah dah tak tahan kena pressure, depa luluskan usul tu. Kang korang tengok, tak lama lagi ada pulak usul nak pakai duit EPF untuk beli tanah, beli kereta, belanja kahwin sendiri, belanja kahwin anak, cucu, cicit, renovate rumah, beli ladang, beli ternakan, dan yg sewaktu dgnnya. Weiiiii….kalau nak buat mende tu semua, kumpul lah duit sendiri beb….mana ada short cut.

Kesian Pengarah EPF. Time and again, he has to defend EPF’s stand for why it is formed. I guess their Public Relation can have a set of pre-prepared letters ready, to counter all those proposals to use the money while the depositors are still working. Aku rasa dalam setahun, adalah 3-4 kali their PR have to reply to budus request from people to withdraw the money for whatever budus use.

If you want something, you have to work for it. If you get it for free, it will only do damage for you. No more than that. Mungkin ramai orang kita beranggapan yg anak2 mereka akan tanggung mereka bila mereka pencen kelak. Hello…tengoklah diri kita sendiri. Berapa banyak duit sebulan yg kita bagi kat mak n ayah kita? Korang ingat cukup ker? Itu pun nasi ayam now masih cost RM4-4.50. Nanti Zaman anak2 kita, nasi ayam dah RM10++ you…masa tu sapa nak tanggung kita? Sendiri mahu tanggung maaaa…mana nak carik duit? Kalau duit EPF semua dah abis, kalau badan tak berapa sihat utk sambung kerja, kalau duit simpanan semua dah licin…..ke mana hala tuju kita……

Yang ramai nak pakai duit EPF ni pulak ialah kaum hawa, sedangkan jangka hayat pompuan kan ke lebih lama berbanding lelaki (75 vs. 65). Lama tu, lagi 10 tahun lebih nak survive tu beb...sapa pulak nak tanggung...suruh invest tak nak pulak.....tak paham aku lah...

No comments: