Tuesday, November 17, 2009
Dorai Yang Memboroikan
Masa aku nak check in hotel, aku ada mintak dekat budak cashier tu bagi akak floor non-smoking ye. Lepas tu akak nak katil yg queen bed, tak mau yg 2 single beds tu. Budak tu senyum jer. Finally bile semua dah settle, budak tu pun kata, "Wah akak, semua permintaan akak saya dah ikut. Bila nak belanja saya makan? Saya nak sup Dorai".
Wah, bukan main lagi permintaan kau ni ye. Aku hadiahkan sekuntum senyuman yg manis saja. Cukup lah tu dik. Kan ke memang keje ko kena layan hotel guest.
Inilah kali kedua aku dengar perkataan Sup Dorai. Alkisah dulu kawan aku yg ex-reporter pun pernah cerita yg kalau nak lepak malam2 buta tu, makanlah Sup Dorai, sure segar abis. Punye lah popular sup ni ye kat KL.
So, aku pun ajak le member makan kat Dorai ni. Sup ni gerai dia terletak dekat Jalan Doraisamy, dekat2 area Kompleks Wilayah. Tapi sebab tempat duduk selalu penuh, gerai2 sekitar termasuk restoren pun boleh amik order from this gerai. Punye lah powerful.
Rasa pulak - lemak dan amat pedasssssssssssssssss....aku order Dorai lembu. Memula member kata mana ada lembu, suruh aku order kambing. Alamak, sorry. Gua tak berapa nak telan kalau kambing lah. Nasib baik ada Dorai lembu. Sup ni tersangatlah banyak lemak. Memang lah kaw-kaw punye kadar kolesterol dan lemak tak tepu. Bila dah masuk tekak, ketebalan lemak akan tersisa di anak tekak dan kerongkong.
So finally, aku dah rasa sup Dorai. Maybe pada orang yg kaki makan, this would be among the best sumptuos meal for you. But for those who are health-conscious, forget it man...you'll ended up having to jog, cycle, swim or run miles and miles to burn all those calories. Seminggu lari pun belum tentu semua lemak dah diproses. Itulah penangannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment