Setelah sekian lama tak menjengah dapur atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, aku telah bertekad untuk masak semalam dan Mr. X siap beli sayur dan bagi arahan nak masak cara apa. So tengahari aku masak lauk Ikan Asam Pedas, style Kelantan taruk gula merah, then malam aku masaklah sayur kacang panjang masak kicap, following exactly the specifications given. Kang tak pasal2 aku kena NCR, payah pulak. Aku perasan yg lauk tengahari tu, kurang masin. Masa aku masak, rasa macam dah OK. Tapi lepas hidangkan, aku pun rasa macam kurang masin, tapi quite OKlah. Maybe tekak orang Johor bab masin ni agak rendah kot berbanding org Pantai Timur. Maknanya bukan gula je, garam pun sama kot....
Sebelah malam pulak, aku rasa masa masak tu dah letak 2 sudu garam. Tak nak lah cepat dapat darah tinggi kan...akhirnya Mr.X bersuara jugak, maybe sebab dah tak tahan tahap NCR dah tinggi, so kena keluarkan FI jugak kat aku.
"Tak taruk garam ke?"
"Dah, 2 sudu tadi. Tadi rasa macam dah OK".
Aisey, dia makan banyak jugak, tapi aku dapat rasakan, memang kes kena improve ni. Kalau ada Client Feedback Survey, sah2 aku kena query, lepas tu kena buat reply letter camne nak improve....
* NCR - Non-Conformance Report, FI - Field Instruction
Ini Mr.X pun kena belajar prinsip Dale Carnegie - the 3C's ni....dialog tu sebijiklah apa yg Mr. Carnegie cuba ajar dalam buku tu. Sebijik.
No comments:
Post a Comment