Tuesday, March 19, 2013

Isteri Solehah dan Pintu Syurga

Menurut hadith Nabi s.a.w., jika seorang isteri mendirikan solat, menunaikan puasa dan mentaati suami, dia akan dibenarkan masuk syurga dari mana2 pintu yg dia suka. Wallahualam.
Ko ingat senang nak pilih mana2 pintu? Masa ni aku terbayang pintu di masjidil haram dan masjid nabawi, banyaknya pintu. Kita kena ingat pintu tu supaya senang bila nak keluar nanti. Tapi pintu syurga hanya satu arah. Sebab itu dia istimewa.
Antara kelebihan seorang isteri ialah tempatnya di sisi suami, supaya mereka berdua merasa cenderung dan tenteram apabila bersama. Itulah hikmah yang paling besar dalam satu perkahwinan.
Apabila berkahwin anak adam, maka sempurnalah sebahagian dari agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk sebahagian yg lain. Maka lengkaplah pakej seorang muslim.
Cenderung dan tenteram. Dari sini lahirlah doa supaya keluarga kita menjadi keluarga yg penuh dgn rahmah, sakinah dan mawaddah.
Allah memberi ganjaran yg tinggi kepada mereka yg bersabar dan mereka itulah yg Allah beri kemenangan.
Apakah kamu dibenarkan berkata "Sesungguhnya aku telah beriman", sedangkan engkau belum diuji? Ketahuilah Allah akan beri ujian setakat mana yg hambaNya mampu menanggung. Maka beruntunglah mereka yg bersabar dan sentiasa bertakwa.
Syurga itu mahal harganya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: