Sunday, March 24, 2013

Kekuatan Sebenar

Kekuatan seorang lelaki memang nampak pada mata kasar
Tubuhnya sasa, tenaganya jelas dan sangat mudah dijangka.
Di mana pula kekuatan seorang wanita?
Itulah letaknya di hati.
Tiada siapa boleh menelah
Apakah yang tersirat di hati ini
Hanya Allah yang tahu
Inilah urusan antara hati dan Tuhannya.
Ya Allah, berikan aku kekuatan
Kekuatan sebenar adalah di hati
Ampunkan dosaku, berkatilah hidup ini.
Perjalanan hidup adalah untuk ke depan
Ayuh, pandang ke depan, kuatkan hati.
Adakah ini satu penganiayaan?
Adakah ini satu anugerah?
Inilah dia universiti hidup, takkan dapat kau belajar segala ilmu ini di buku, kitab dan mana2 universiti di dunia.
Manakan pula diajar orang tuamu.
Belajar sendiri, tabahkan hati.
Sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang bersabar.
Maka khabarkan khabar gembira untuk mereka yg bersabar.
Amin Ya Allah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: