Apalah agaknya dalam kepala otak aku ni....hari ni aku dgn rajinnya telah datang kerja. Bila aku tengok calendar, aisey, today is the third Saturday, meaning I am not supposed to come to work. So sebab dah drive selama kira2 50 minit (sebab today is Saturday so hiway PG tu lengang sikit), terpaksalah buat2 kerja. Tengok2 email kat office ada problem lah pulak. Pulakk dah....
Actually I am suffering from a post-raya stomach ache syndrome. It's not kind of diarrhoea, but it is close to it. It makes your stomach feels uneasy, but when you go to the washroom, you would feel unsatisfied. So yesterday the doctor gave me a one day leave, so I could rest to ease my tummy. Thank God for that. Besides relaxing the tummy, I could use some time to do other beauty things such as facial and pedicure. Huh......
Kisah Beraya ke rumah2
Raya di Terengganu adalah amat memenatkan. Bayangkan, kalau dalam family aku, satu hari paling tinggi jumlah rumah we all melawat 3 rumah saja. So we get to spend about 1 hour in each house, in high quality manner. Repeat that 3 times, we all would have been exhausted already. Imagine if raya in Ganu, 4 houses minimum, average is 6 houses per day, from morning till night. Considering the behavior of my children who would always just sit there and do nothing (NOT!), imagine the kind of energy I have to invest to match their energy. Dapat raya rumah cantik byk perhiasan, aku lagilah takut, kena selalu awas. Dapat raya rumah buruk n boring, sibuk ajak jalan kat luar. Penatnya Allah saja yg tahu. Nampak mcm komen2 negatif? Bukan, sekadar luahan perasaan......ini ada gaya2 Abby Abadi mintak balik duit Mas Kahwin from Norman lah...tujuan saya bukan untuk mengaibkan mana2 pihak, tapi sekadar menyatakan yg hak. Saya nak tuntut semua hutang2 tu....mcm tulah lebih kurangnya...
Lepas tu bila kena pegi beraya jalan jauh, huh....memang amat jarang dilakukan dlm keluarga aku. Kalau rasa nak raya jauh tu, we all akan visit satu makcik aku kat Segamat. So dlm 2.5 jam sampai, lepak, akan lunch, then terus balik. Lain ceritanya di Ganu. Kalau ke Segamat from JB, at least 3/4 travelling time is on hiway PLUS. Kalau di Ganu, bersesak-sesaklah kome dalam traffic jam...kalau dalam jam, anak2 ko tak buat hal takpe gak...kang kalo2 ada yg nak terkenc*** ke, ter be*** ke, tak ke aniaya? Perjalanan jauh di Ganu yg aku maksudkan ialah dari kampung di Marang ke Besut. Jauh tu bang, adalah 2.5 jam jugak, kalau tak jam. Kalau jam, berjam2lah bun*** panas dalam kete. Dah ke Besut tu, kalau nasib tak baik, terus pulak kena naik ke Tanah Merah....itu lagi 2 jam kalau tak jam. We all pernah stuck dlm jam kat Tanah Merah tu dekat 2 jam, jarak kira2 2 km je nak sampai. Hampeh betul....itu semua gara2 ada 1 traffic light hampeh yg buat semua kenderaan jam.
Actually aku rimas balik ke Pantai Timur bila musim raya, raya Cina, cuti sekolah dan any public holiday. I wish I can go back only during weekdays, or weekend yg takde public holiday. Baru lah aman damai.Kau tengok plate kete yg buat jam tu semua plate W, B or J. Plate T or D tu jarang sekali. Terengganu n Kelantan ni mcm Philipino and India le, export tenaga kerja ke negeri2 lain. Semuanya sebab kat negeri dia tak cukup foreign and domestic direct investment to boost the local economy. Bila lah agaknya keadaan kat 2 negeri nak berubah ye...nampak mcm merendahkan 2 negeri? Oh tidak, ini sekadar satu luahan dari hasil pemerhatian teliti hamba.....Pendek kata kesabaran kena lah amat tinggi menggunung bila time spend masa di Ganu. Tak happy pong kena buat2 happy. Letakkan wajah ceria dan sentiasa pujuk hati supaya terima this is it. This is what you have to go through, so might as well try to enjoy the experience.
So frankly, aku cukup bercinta bila kena balik raya ke Ganu, Istilah bercinta tu org Johor je yg paham. Bercinta sini maksudnya teramatlah berat hati. Tapi kerana tiada pilihan, kenalah pujuk rasa hati supaya pergi dan berdoa supaya cecepatlah masa berlalu kat situ...tup tap penat...tup tap raya....tup tap main mercun....tup tap jalan jam....tup tap naik angin tapi control macho....tup tap tup tap....dah sampai ke office today...lepas tu sebab aku sakit perut, dapatlah MC semalam...then today patut hari tak kerja, aku dgn rela hati telah datang kerja....email ofis pulak buat hal. Laki pulak tak bagi ingatan langsung....heran aku...agaknya dia pon nak kena kan aku gak....
Kisah Bersalam
Kat family aku kalau bersalam memang akan disulami gelak ketawa dan semua org ceria. Nampak mcm tak serious pon ada. Sekejap je bang. Sebab kami memang so far alhamduillah, takde persengketaan atau perbalahan dalam keluarga. Kami terima diri masing2 seadanya, dan semua orang bertanggungjawab atas diri sendiri dan tak menyusahkan org lain. Sebab tu kita takde perasaan dendam atau kecewa dalam hati. So suasana bermafaan tu jadik satu keadaan yg ceria. Oh, situasi si Ganu memang berbeza sama sekali. Amat berbeza. Semua orang akan menangis2 dan setiap salam akan memakan masa yg lama. Kekadang aku wonder jugak, adakah selepas bersalam dan meminta maaf dan menangis, keadaaan akan berubah? Yg ini aku kena reserve my comments. Keikhlasan terbit dari nurani. Nak tahu ikhlas ke tak, just tengok kalau ada perubahan. Kalau sama je year in year out, sendiri mahu perhati and jugde la.
Kisah Nada Suara
Nada suara orang2 sekeliling di JB adalah amat tenang dan nyaman. Gelak ketawa adalah amat terkawal. Mungkin ini ada pengaruh ajaran di sekolah agama, semua org kena jaga tatatertib terutama di khalayak ramai. Di sana, WOW. Terkejut beruk jugak lah. Aku wonder jugak camne pemimpin PAS yg dok kat atas tu, especially Tuan Guru, adalah amat lembut gaya pertuturannya, jauh berbeza dgn jelata di bawah. Jauh berbeza. Nak komen lelebih kang, terlebih mengutuk pulakkkkkk....
Ada byk lagilah perbezaannya. Ini adalah pendapat saya dari hasil pengalaman dan pemerhatian teliti saya. Anda nak menentang, itu anda punye pasal....hahaha....bukan semua org di JB ni bagus, begitu juga bukan semua org di Pantai Timur tak bagus, ini sekadar luahang perasaang, tak ada kena mengena dgn yg hidop atau pong yg mati.
No comments:
Post a Comment