Friday, December 17, 2010

Pilihlah Yang Terbaik

Ada orang memilih jalan yang menyakitkan, walaupun jalan yang mudah telah tersedia.
Ada orang memilih untuk bersengketa, walaupun jalan muhibbah itu lebih berkat.
Ada orang memilih untuk menerajui KPI sendiri at the expense of the team, walaupun kata pujangga - Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.
Ada orang memilih untuk memijak kepala staf2 dia bawah untuk menonjolkan diri, walaupun dia tahu Allah tahu akan niat tersembunyi setiap insan.
Ada orang memilih untuk kejayaan singkat, walaupun dia tahu matlamat jangka panjang perlu didahulukan.
Ada orang memilih untuk memikirkan kepentingan diniya sendiri sahaja sepanjang masa, walaupun dia tahu kubur itu sempit dan doa orang yg masih hidup itu perlu utk meringankan seksaan.
Ada orang memilih untuk mengusai hal2 duniawi dan berjaya di dunia, walaupun dia tahu kehidupan di akhirat adalah yg kekal abadi.
Ada orang memilih untuk berdiam diri bila melihat kemungkaran, wlaupun dia tahu malaikat ada disebelah kanan dan kiri dan sentiasa bersedia untuk mencatit apa yg terzahir dan apa yg ada di dalam kalbunya.
 
Apakah yg akan terjadi kepada orang2 yg bersikap negatif seperti di atas?
 
Bekerja adalah ibadah. Setiap niat, pergerakan dan matlamat perjuangan di dalam pekerjaan adalah ibadah. Dah namanya ibadah, buat lah perkara2 yg menyenangkan hati, secara ikhlas.
Janganlah pula memilih jalan yg bertentangan.
 
Antara Tips untuk menjadi Orang Cemerlang karya Dr. Fadzilah Kamsah, sentiasalah Mengingati Mati. Mungkin mati itu telah hampir, tetapi kita tidak ambik pot.
Itulah antara kata2 perangsang staf aku kat ofis pagi ni. Bagus betul. Nabi pon kata, orang yg bijak ialah orang yg senantiasa memikirkan tentang kematian.
 
Mudah-mudahan bahan ini dapat menjadi santapan minda di hari Jumaat yg mulia ini.

No comments: