Alahai, nampak gaya masih ada orang berminat nak baca blog gua yg sudah penuh dgn sesawang ni. OKlah, gua tulis sikit.
Alahai, Puan Khamisah dah selamat meninggalkan kerjaya lama dan telah pun mulakan kerjaya baru di tempat serba baru. Bukanlah satu kejutan, kerana Puan Khamisah memang seorang yg cekal, ada matlamat, dan sentiasa bersedia menuju matlamat tak kira apa rintangan yg bakal dihadapinya. Pertama kali dia beritahu akan berhijrah, terus gua ucap "Tahniah!". Ingat senang ke nak berhijrah setelah hampir 20 tahun berkhidmat? Gua salute lah! Ramai jugak kawan2 gua yg dah berkhidmat lebih 10 tahun telah berhijrah. Gua berprinsip bahawa hijrah itu akan membawa lebih byk kebaikan. Hijrah akan membentuk peribadi mulia dan akan meningkatkan taraf hidup seseorang. So, bila gua nak berhijrah? Payah nak jawab ni. Mungkin gua akan berhijrah rumah kot. Nak kena cari rumah yg lebih dekat dgn tempat gua carik makan. Penat lah. Kaki dah semakin lenguh.
Alahai, sungguh seronok bila kita dapat membina hidup di luar negara, terutama di negara maju. Tak kira lah berapa usia, kalau diberi peluang, gua akan terus grab untuk menimba pengalaman hidup di luar negara. Baru hari tu gua chit chat dgn pemandu teksi ke KLIA, dia kata ramai pelancong asing suka datang ke Malaysia kerana byk yg best2, except for the bloody public toilet. Baguslah. Gua pun turut bangga jadik rakyat Malaysia. Dalam pada tu gua sempat gak cucuk jarum suruh driver tu cari peluang ke luar negara. Dia kata dia dah pegi Thailand. Baguslah, at least kita akan lebih menghargai apa yg ada di tanahair sendiri setelah kita melihat keadaan daif di negara yg kurang maju dari negara kita. Kalau kita tengok rakyat miskin di negara jiran dan jugak di India tu, sungguh lah gua bersyukur menjadik seorang Muslim di negara Malaysia tercinta ini. Org Malaysia susah nak miskin. Kalau mereka miskin, that's a choice. Kecuali mereka yg keluar kat program Bersama Mu tu lah, bila ibu tinggal kena besarkan ramai anak, atau orang tua yg dah sakit atau cacat, itu yes. Diterima. Yg muda belia dan bertenaga kalau miskin, memang patut hantar mereka ke Somalia. Baru dia tahu jerih perih nak hidup, sampai sanggup jadik lanun, dah dapat free travelling ke Malaysia tu...silap haribulan tak balik, jadik UNHCR refugee pulak. Kang silap2 gua tengah makan kat warung, member datang jual jam tangan dan tali pinggang....perghh.....inilah negara ku, macam2 boleh jadik juga.
Alahai, 2 minggu lepas projek MDP gua menang The Best Project and gua sudah menang The Best Student dalam program MDP tu. Phewittttt....ingat senang ke nak buat group work bila team members nya bersepah? Kat Sabah, KL, Thailand and Pasir Gudang. Kata je ada Skype, YM, etc, tapi method lama jugak yg berguna. Pakai email jugak yg selamat. Sungguh mencabar nak siapkan assignment and group work dalam masa yg singkat, with such high expectation. Tapi gua sudah berprinsip, biar berkerat arang dan berpatah rotan, my mind was already set, that this would be The Best Project ever! Hahaha.....lepas tu dah rezeki pulak bila other groups punya topic tak berapa nak ngam with the assessors. Yg part Best Student tu, was really unexpected lah. Itu pon rezeki jugak lah. Dalam pada "berjuggling" with daily operational matters in the office and at home, gua sempat menghabiskan semua assignment. Dan agaknya memang gua suka menulis, the professors liked what I had to express. Dah dapat 2 biji pewter mugs yg memang cun lah.
Byk lagi alahai....to be continued...
No comments:
Post a Comment