Dipetik dari buku - Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari - Ustaz Zahazan Mohamed.
- Taubat - kuatkanlah keazaman utk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya. Kesalahan dosa-dosa kecil akan terhapus dgn istighfar, zikir, tahmid dan berwuduk.Takut akan Allah - Orang yg takut kepada Allah adalah orang yg berilmu. Gandakanlah amalan2 soleh dan tinggalkanlah amalan yg dimurkaiNya.
- Mahabbah (kasih akan Allah) - mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.
- Zuhud - tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu, sentiasa memandang sama antara org yg memuji dan mencela dan sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan terdorong utk membuat amalan taatkan Allah dan Rasul.
- Sabar - dalam melakukan ketaatan, menghadapi kesusahan dan tuntutan nafsu yg ingin melakukan kejahatan.
- Syukur - ilmu, amalan dan suasana. Bersyukur atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sbgnya.
- Ikhlas dan Benar - patahkan dorongan hawa nafsu dan keseronokan dunia. Benar dalam perkataan, niat dan kehendak, keazaman, menepati janji dan benar dalam amalan mulia.
- Tawakal - letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah, setelah melakukan usaha dan ikhtiar.
- Redha - segala ketentuan diterima dgn syukur dan sabar.
- Mengingati Mati - hadith nabi,"Sepintar-pintar manusia ialah orang yg sentiasa ingat akan mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yg bijaksana".
"Katakanlah bahawa maut yg kamu sekelian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekelian akan dikembalikan kepada Zat Yg Maha Mengetahui segala yg ghaib serta yg nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yg kamu telah lakukan". Surah Al-Jumuah:8.
No comments:
Post a Comment