Thursday, August 19, 2010

Bayar Bang...

 
"Barangsiapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu".
 
Kome nak tahu petikan ayat Al-Quran itu tertulis kat dokumen mana? Tetiap bulan aku dapat dokumen ni. Dokumen ni pulak, siap kata:
 
UNTUK MENGELAKKAN ANDA DAN PENJAMIN-PENJAMIN ANDA DARIPADA DISENARAIHITAMKAN DAN DIKENAKAN TINDAKAN MAHKAMAH, SILA PASTIKAN JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR DALAM 21 HARI DARI TARIKH BIL.
 
Giler ganas punyer ayat kan? Memang sound ada macam desperate sikit. Agak2 bank mana lah yg agak desperate ni kan? Takkan lah bank kot, dah tentu every year all banks akan declare diorang UNTUNG bersih juta2 punye, kecuali bank yg bermasaelah la. Tapi insya Allah ler kalau pinjam bank memang akan bayar promptly. Tapi surat ni standard aku dapat setiap bulan. Ayat tu pon ayat pre-printed, maknanya ada ramai orang yg ambik sambil lewa dan tak bayar le nih. Kes hampeh.
 
Hah, bila aku pegi jumpa AzizCfP, dia pun kata, kalau hutang yg ni, hang bayar kemudian pon takpe, sebab dia takde interest. Kita mesti dahulukan hutang2 yg ada faedah tinggi dulu. Yg tak dikenakan faedah ni, hangpa buat last sekali. Jeng jeng jeng.........pinjaman untuk belajo lah. Bila dah kerja, buat2 lupa pulak nak bayar balik yer.
 
Actually aku dipinjamkan kira2 RM140,000, tapi sebab aku dapat meet criteria OK, aku kena bayar balik 25% jer. Maknanya RM40,000 lah. Banyak jugak tu. Kalau nak pegi melancong, boleh pegi Europe 4 kali. Kalau nak beli rumah, boleh buat downpayment, so bulanan installment rendah sikit. Kalau nak buat downpayment kete, agak2 dapat Mitsubishi Grandis baru tu, boleh lah dapat installment tak sampai RM1k sebulan. Payah nih. Aku pernah tulis surat rayuan untuk tukar pinjaman ni jadik biasiswa, tapi dia reply cepat jer. TAK BOLEH. Nama saja Pinjaman Boleh Ubah, tapi tak ubah. Ubah tu maksudnya turun jadik 25% lah, bukan FREE terus. Aisey....
 
Ada org kata, beruntung lah sebab kena bayar balik 25% jer. Alhamdulillah. Duit yg aku bayar ni, kerajaan akan guna untuk mensponsor pelajar lain. Iye ke? Ada rasa sangsi, tapi we only have power over what we can control. For the rest, every one has his or her own Malaikat Raqib and Atid, so sendiri mau ingat....
 
JPA ni start pre-printed ayat Quran tu aku rasa tahun lepas. Statement ni pulak, dia siap tulis hanya akan diberi pada pembayar yg konsistent. Yg tak bayar tu camne ek? Takkan terlepas kot? Aku dulu ada jugak pernah terpikir, mana lah tahu kan, kot2 Abdullah Badawi ke, Najib ke, nak bagi pengampunan beramai-ramai, kes lepas la nih....dulu ada jugak letak harapan menggunung mcm ni. Manalah tahu, dah nak dekat pilihan raya, tetiba JPA keluarkan warta:
 
"ATAS SEBAB KERAJAAAN MALAYSIA PRIHATIN DENGAN NASIB RAKYAT, MAKA DENGAN INI SEMUA PINJAMAN PELAJARAN JPA YANG TIDAK BERBAYAR AKAN DIKIRA SEBAGAI TERHAPUS."
 
Huh, agak2 akan berlaku ke? Dah Idris Jala share kerajaan akan bankrap kalau teruskan subsidi, inikan pulak ko nak mintak halal ye. Jawapannya HAMPEH.
 
Hutang tetap hutang bang. Tak bayar sekarang, kena bayar jugak later. So sementara masih bekerja nih, ko bayarlah ye. Itu je lah nasihat aku. Tak yah ada harapan palsu nan rapuh di tebing sungai untuk mintak kerajaan halalkan. Takkan dapat punyer lah.

2 comments:

Zaidah M said...

Dalin! JPA pernah buat statement hapuskan hutang masa kat PPP time pilihanraya ke 12 or ke 11, tak ingat dah. I remember 9k was written off. I checked my hutang last week, JPA only allows payment through maybank2u. I have CIMBodoh account, and I can't make transfer payment lah. Can you bring this up with JPA ke? heheheh. I have paid my share, tapi since overseas ni I haven't done so, I want to continue paying but JPA should really expand their payment options. IMHO.

Noraidalin Buang said...

Zaidah! You pay cash one lump la...hehehe....CIMB I tot is among the best bank in SEA, what happened? I tot they have revitalized under the new mgmt? Rupa-rupanya pernah ada kes kerajaan halalkan iye....fat chance to recur...