Monday, March 28, 2011

Drama Swasta Dalam Ujian

Kadang2 aku rasa, the turbulence of my life boleh dijadikan drama swasta lah. Aku nak buat skrip, pas tu jual kat Ziela Jalil ke, Khabir Bhatia ke, sure cerita Nur Kasih tu tak terbanding dgn cerita hidup aku lah. Begini antara plot2 drama yg berkaitan, boleh dijadikan unsur pengajaran dan reflection in our society:
 
1) Cinta - tidak pernah mengenal erti cinta sebenar jika cinta manusia yg dikejar, bukan cinta kepada dan kerana Allah. Cinta manusia tidak kenal erti tanggungjawab sedia ada, malah unsur tanggungjawab menjadi bebanan, yg harus ditinggalkan dgn segera, kerana mengejar cinta nan satu, cinta impian di dunia. Cinta ini kalau dimiliki, barulah hidup menjadi sempurna. Kehidupan sempurna di dunia inilah yg dikejar, tiada peduli akan kehidupan yg lebih lama dan kekal abadi di akhirat. Buang anak, buang saudara, cinta kasih ini aku turutkan.
 
2) Perkahwinan - hanya sekadar hiasan, bukan untuk mencari keredhaan Allah. Kenapa kita berkahwin? Sebab org lain kahwin, kita kena kahwin juga. Ia sebagai satu status dalam hidup, antara lambang kejayaan di dunia. Atau perkahwinan yg sementara sebagai satu persinggahan, dalam pada menunggu waktu tibanya perkahwinan dgn si cinta hati yg sebenar? Hanya Satu Persinggahan, penuhi dgn harta dan anak2, kemudiannya dibuang ke tepi, kerana perkahwinan impian dgn si cinta sejati telah tiba. Wah, nampak tak the conflict in the story? Kan aku dah kata, Nur Kasih pon tak terbanding!
 
3) Halangan dalam mengejar impian - wah, elemen ni sgt penting. Kalau tak, takdelah namanya Drama Swasta. Org kata, cinta yg dihalang adalah merupakan cinta yg paling seronok. Sebab dia ada bigger challenge. So the people involved will try their best ways to overcome all the halangan - be it mak, ayah, kakak, abang, masyarakat, BF sedia ada, etc. Lagi byk halangan, lagi seronok utk bercinta. Tak gitu? OKlah, then bila mereka kahwin, halangan ni pon dah takde, so hidup dah jadik boring semula. Tak gitu? Then they will invent new adventure lah. Create more and more cinta terhalang. Seronok agaknya hidup kalau kita sentiasa mempunyai halangan dalam memiliki cinta sejati. Ini kes org takde cita2 tinggi dalam hidup lah ni. Org kalau cita2nya melangit, takde masa aku nak bermain cinta terhalang ni lah weiii... byk lagi mende berpaedah aku nak fikir. Aku nak selamatkan bumi, tolong warga miskin, ziarah rumah kebajikan, buat bisnes utk memajukan ummah, the list is endless. Bila org takde cita2 begini, hatinya penuh dgn perkara2 "lagho" - ini bahasa budak sekolah agama ni. Lagho ni maksudnya perkara2 keseronokan dunia yg melalaikan....contohnya mcm hiburan dan bermain cinta lah....memang la seronok beb, tapi sampai bila?
 
Wah, agaknya kita kena tgu kesudahan Drama Swasta ni. Bahagia kah? Bagaimana ia berakhir? Jeng jeng jeng....kita tunggu dan lihat. Sambil tu berdoa supaya hidup lebih tenang dan diberkati Allah selalu. 

1 comment:

Salawati said...

lin, bagus lah kau punye ulasan tentang life. they do happen to us, kan.