Monday, December 28, 2009

Hidup Mestilah Rukun

Musim kenduri kahwin telah tiba. Banyak sungguh aku dan mak aku dapat jemputan, sampaikan Husna pun dah naik bosan - "Asyik makan kat rumah orang kahwin jer...". Tapi itulah kan, antara hak seorang muslim ke atas seorang muslim yg lain, ialah memenuhi jemputan. Maknanya kalau takde aral melintang, wajib kita tunaikan.
 
Ada satu jemputan di Taman Rinting hari Sabtu tu, ketika kita org sedang makan, pasukan kompang pun tiba. Bebudak lelaki belasan tahun ni main kompang sikit punye semangat. Macam nak pecah kompang tu dia ketuk. Cuaca hujan pulak, so diorang main kompang tu dalam khemah, dekat je dgn tempat duduk kita org ni. So segala face expression bebudak ni begitu jelas di pandangan mata. Banyak jugak lagu diorang main, antaranya lagi Injit2 Semut dan lagu Saloma yg amat evergreen tu. Aku usik Husna, "Husna, cuba lepas ni suruh diorang main lagu "Potong"?" Husna senyum jer, malulah pulak nak buat lagu permintaan.
 
Semalam pulak, sebab cuaca hujan, perkara yg sama berlaku. Orang main kompang dalam khemah. Kesian betul lah. Aku syukur sangat masa majlis kahwin aku 7 tahun dulu, aku siap doa dan tanam lada with bawang on top, cucuk kat lidi tau, itu petua org lama tak nak bagi hujan. Alhamdullillah walaupun tarikhnya 27 Disember, hari tak hujan. Tapi semalam, masya Allah, lebat giler, lama pulak tu. Kesian sesapa yg buat majlis kahwin lepas tu hujan pulak. Mcm lagu Alanis Morissette tu - "It's like raiiiiiiinnnnn on your wedding day....". Ironic betul.
 
Lagi ironic kalau kita dengar lirik lagu Saloma yg evergreen tu.
 
Selamat Pengantin Baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
 
Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
Oh..oh...oh...
 
Selamat Pengantin Baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
 
Paling best part yg chorus tu. Aku rasa that pretty much sums up what we need to do to stay married. Senyum jer kalau dengar lagu ni orang mainkan kat majlis kahwin ye, sambil reflecting on your own marriage journey. As for me, semalam genaplah 7 tahun aku dah kahwin. Kalau dalam product life cycle, it has reached the peak already, means the product needs some re-branding or re-packaging to attract more sales, to avoid the sales from going down. Well, kata orang marriage needs constant re-juvenation, tak mcm product life cycle. Tapi aku rasa mcm sama je. No matter what, we need constant re-juv, but these re-juv packages need a hell lot of money, I bet you. Meanwhile, kalau ada tergigit lidah tu, Sabar paling perlu......Cinta setiap hari.....Senyum mesti selalu...oh..oh..oh...

No comments: