Kisah sedih aku ni malangnya tak boleh dikongsi, sebab akan menimbulkan keaiban.
Sampai bila harus aku bersedih?
Bila kita bersedih, automatik air mata akan keluar, walau macam mana kental atau dicuba tahan dari melimpah ruah, kalau dah byk sgt, gerenti akan meluncur laju jugak kan.
Apa gunanya air mata?
Paling bagus:
Sebagai pemadam kepada api neraka - iaitu air mata org yg bertaubat dgn bersungguh2 di hadapan Allah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jahatnya. Air mata itu akan menjadi penghadang kelak ketika ia hampir dimasukkan ke neraka.
Paling tak bagus:
Air mata sebagai senjata meraih simpati. Macam org mintak sedekah ke, mintak belas kasihan, etc. Contoh paling jelas, mcm air mata Norman Hakim saat lafaz cerai di court dulu tuh, omputih panggil "crocodile tears". Konon terasa macam nak mati, tapi 2-3 hari lepas tu member siap pegi lepak kat rumah org tu kat Kota. Air mata jenis apakah itu?
Dalam banyak kes, orang akan keluarkan air mata kerana sedih, sangat jarang kerana bergembira. Sedih kerana ada byk sebab, antaranya:
- Sangat kecewa, tapi tak boleh diluahkan.
- Begitu terhiris hatinya, segala harapan selama ini hancur lebur jadik debu.
- Tidak nampak sinar kebahagiaan dihujung jalan (ada lagi ke sinar itu?).
- Hmmm....mungkin jugak mati punca (reaching a dead end, with no way out).
Adakah lelaki yg turut bersedih bila tgk pompuan menangis, dan kemudian cuba memujuk, boleh dikategorikan sebagai lelaki sejati?
Adakah lelaki yg tak makan jadah langsung boleh dikategorikan sebagai "h**** j****"?
Apa kena dgn aku hari ini ek?
Takat mana boleh kita kira air mata sudah tidak bermakna? Adakah selepas sekujur tubuh terbaring kaku, setelah roh ditarik oleh Izrael, maka baru dengan kejadian itu barulah air mata menjadi tidak bermakna? Apa yg harus kita lakukan supaya kita tidak sampai kearah ini, di mana segala-galanya telah terlambat?
Hai lah air mata. Aku harap kau akan keluar di waktu strategik sahaja....teringat aku kat satu lagu lama nih...
Air mata kasih, berlinangan
Berlinangan selalu...
No comments:
Post a Comment