Monday, July 7, 2008

Orang Melayu dan Hiburan - apa kesudahan?

Yang ini aku memang kena tulis bahasa Melayu, walaupun aku pernah kata lebih senang kalau aku meluah perasaan dalam bahasa Inggeris. Sebab aku rasa frust apsal org Melayu ni suka sangat dgn perkara2 lagha (melalaikan) seperti hiburan.

Satu hari dalam perjalanan balik keje, aku terdengar siaran Ikim.FM dalam kete. Penceramah tu quote apa yang Prof. Diraja Ungku Aziz pernah cakap. Prof kata, org Melayu ni sangat suka akan 3 perkara (obsession) - kalau perkara ni bagus utk kehidupan dunia akhirat takpe gak. Tapi malangnya ia adalah sebaliknya. 3 perkara itu adalah:
1. Kuat - perkara berkaitan menjadikan diri lebih "Kuat"
2. Pelik - perkara-perkara Pelik bin Ajaib
3. Hiburan

1. Kenapa sibuk nak "kuat"kan diri?
Orang Melayu paling suka mencari sumber2 (tak kira le halal ke haram) utk menjadikan diri mereka lebih kuat. Tu yg ubat kuat semua laku tu. Yang ni aku malas nak ulas kaum mana yg suka sgt beli "obat-obatan" walaupon dijual kat tepi jalan n dah sah2 tak diiktiraf Kementerian Kesihatan. Kalau lu sakit sorang takpe gak, nanti isteri pun berjangkit juga. Kesian satu keluarga. Sendiri mau ingat lah bro.

2. Kenapa suka sangat mende2 pelik bin ajaib?
Dulu ada satu pameran mende2 pelik kat Shah Alam. Aku baca kat paper, begitu ramai org nak pegi tengok sampai ada yg sanggup beratur awal. Dalam pameran tu adalah segala makhluk2 yg memang pelik2 dan mende2 yg ajaib. Org Melayu nampaknya begitu taksub utk melihat mende2 sebegini. Aku fikir gak, lepas diorang tengok tu, bila balik apa diorang dapat? Orang putih kata "What's the key take away?"or "What do you learn?" Kalau aku lah, gerenti malam aku tak boleh tido, teringat2 wajah2 dan corak2 mende2 tuh. Iskk...selisih...
Lagi satu kisah ada satu pokok yg kat batangnya mcm ada lakaran wajah manusia. Aku rasa kat Kedah kot. Perghh...orang sanggup dtg dari KL pon ada, semata-mata nak tgk pokok tu. Apa yg diorang dapat lepas pegi tgk tu ye?

3. Haaa..apsal Orang Melayu suka yg teramat dengan Hiburan?
Yang ni memang aku nak ulas panjang sikit sebab semalam baru pegi tgk Jomheboh kat Danga Bay (aku kena qualify - just for the experience of it, apa yg best sgt Karnival Jomheboh ni ek?). Aku keluar rumah 5.30 ptg naik motor, sebab dah jangka mesti jalan jam giler. Memang betul, dari Skudai tu nak sampai ke Danga Bay makan masa 50 minit, naik motor tu. Kalau naik kete sah2 1.5 jam. Polis trafik dan RELA siap tutup jalan2 strategic nak ke situ. Keadaan mcm out of control pon ada jugak. Aku rasa satu JB jam especially jalan menuju Pantai Lido.
Apa yang ada - adalah gerai2 TV3 yg dibahagi ikut rancangan TV diorang e.g. 999, Jejak Rasul, rancangan Wanita, etc setiap satu, 1 gerai. Lepas tu ada gerai big corporations mcm Hotlink, Digi, Dutch Lady, Power Root, Nestle, etc. Semua gerai ni di tempat yg strategic lah (berdekatan pentas). Then adalah gerai2 kecil lain yg jual makanan, pakaian, etc yg lokasinya jauh dari pentas. Yang aku tak tahan, gerai2 ni mcm berebut attention. Gerai Hotlink ada live band lagik, muzik giler kuat. Masa aku dtg, kumpulan Sofaz tgh nyanyi. Gerai Harian Metro pulak tgh ada penyanyi Ali XPDC, ex-Terra Rossa. Jalan depan sikit, nampak lah muka Rosyam Noor tgh interview peminat. Gerai Lestary, aku nampak muka Zed Zaidi. Walau pon aku tak minat dan jarang tgk rancangan TV Melayu, tapi org2 ni aku kenal juga. Bohongla kalau ckp tak kenal. Penonton dan pengunjung - 99.99% orang Melayu. Sampai nak jalan pon stuck beberapa kali. Punye la ramai sangat orang, sampai aku terpikir sekejap. Agaknya kalau kat Padang Mahsyar, mcmmana keadaannya ya? Dah ler matahari sejengkal dari kepala. Ya Allah, baru terpikir sekejap. Bagaimana keadaan berdiri dlm lautan peluh manusia, sementara dihisab...

Aku ada beberapa teori kenapa org kita ni suka sangat dengan hiburan - muzik, filem, drama, etc. Kalau ada sesapa nak tambah, dipersilakan lah ya:
1. Complacent (berada di zon selesa) - sebab org Melayu masih memegang kuasa. Aku paling suka baca komen Dr Mahathir. Cuba visit - www.chedet.com
2. Budaya - bebudak mewarisi budaya cintakan hiburan dari ibu bapa. Sejak turun temurun dah mcm tuh, abis camne. Mak bapak sanggup berhutang beli TV or home teater system beribu-ribu, tapi nak ajak invest beli set buku, payah beb. Cuba kira ada berapa rumah org Melayu bila kita masuk nampak almari buku, berbanding set TV? Padahal nabi dah kata, byk bezanya antara org berilmu dgn orang yg kurang ilmu. Camne nak maju...
Lagi satu contoh budaya - YWJ (Yayasan Warisan Johor)- bukan setakat zapin je yg patut diajar turun-temurun secara sistematik, budaya membaca dan menulis karya pon patutnya diwarisi secara sistematik. Patutnya wujudkan satu institusi mcm (YWJ) di setiap negeri. Sebenarnya bila org sebut YWJ, org teringat zapin n joget jer, takde lain. Padahal YWJ juga ada buat program utk penulisan, berkarya, etc. Malang sungguh...
3. Tanda Akhir Zaman - ini salah satu yg nyata. Org Islam sgt sukakan mende2 hiburan, lebih dari mende2 yg mendekatkan diri dgn agama. Kalau la ada program CSI serentak dgn Forum Perdana Ehwal Islam, mana agaknya yg korang tgk? Jejak Rasul serentak dgn Akademi Fantasia? Tepuk dada tanya IMAN beb...

2 comments:

Softlips said...

Tahniah kerana berani menyuarakan pandangan tentang melayu dan hiburan. Memang jelas dan nyata bangsa Melayu kita sukakan hiburan. Pengalaman sebagai guru telah banyak membuktikan para pelajar Melayu "JUARA" dalam menghafal plot cerita terutama love story..romantik beb..lirik lagu..berbanding dengan fakta dan formula yang diajar guru. Beribu kali dipesan, diingatkan hafal dan ingat formula untuk kecemerlangan akademik mereka tetapi hampa. Jika guru bertanya sedikit sahaja jalan cerita filem terkenal..berebut untuk memberi plot dan ending cerita, ditambah dengan keasyikan dan minat pada hero dan heroin filem atau cerita tersebut..tapi bila bertanya tema dan perwatakan dalam sastera Inggeris mahupun Melayu untuk PMR dan SPM..mereka akan terkedu..mmmph...apa ekkk..TAK INGAT NAK BACALAH TEACHER..ALA TAK RETI LAH..amat mendukacitakan..Entah di mana silapnya..para pelajar Melayu masih ditakuk lama..spoon feeding..tak suka explore sendiri cabang ilmu yang diajar. Sebaliknya hanya menanti guru untuk memberi segalanya..nota dan jawapan tanpa mereka bersusah payah memerah otak untuk cuba menjawab dengan hujjah dan pengolahan yang bijak dan tepat. Marilah kita saling berpesan dan saling mengingatkan diri kita dan diri orang yang disekeliling kita..walaupun dalam waktu dan ruang dan terhad bahawa mencari ilmu itu satu ibadat. Junjunglah seruan Rasulullah: TUNTUTLAH ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD.AMIN. Hindari Hiburan yang melalaikan.

Hayati Kehidupan said...

Melayu... segala yang kuat dia nak cuba... sampaikan kalau kau baca iklan....... banyak kat pokok.. nanti kalau sempat aku ambik gambar...tulis dalam bahasa cina tapi yang paham Kuat, Keras, Lama pas tu ada no talipon...

Tapi mentaliti tak kuat, azamnya lemah, pendirian? lembik.... Aku rasa salah FOKUS......