Friday, February 27, 2009

Aku Menjadi Mangsa

Aku menjadi mangsa malam tadi.
Memula tu terima SMS minggu lepas suruh jumpa antara Rabu atau Khamis.
Aku teragak-agak, nak pegi ke tak.
Kalau tak pegi, nanti rasa macam rugi. Dah lah tak selalu boleh jumpa. Peluang jarang2 ada.
Kalau pegi, memang gerenti aku susah nak tahan kehendak dalam diri aku nih...
Pemutusnya, aku pegi.
Memang terbukti, aku adalah seorang mangsa, antara beribu-ribu mangsa lain.
Aku telah menjadi mangsa kepada sistem kapitalis.

Bayangkan,
Dulu baju Gents ni harga RM129.90, malam tadi dah turun 70%! Aku telah angkut hampir 10 helai baju kerja utk Mr. X. Pelbagai brands lah.

Bayangkan,
Dulu baju Winnie the Pooh ni and seluar ni combined price was RM40, last nite was 50% off.
Kasut brand Treehouse for baby ni dulu harga RM79.90, semalam jugak less 70%.
Sapa boleh tahan beb....

Bayangkan,
Dulu beg Bonia ni memang aku target. Harga dia RM400++. Malam tadi 50% less. Oh...syahdu sungguh bila aku tengok dia kena ikat dan dijaga oleh seorang promoter. Aku teringin sangat nak selamatkan dia. Dan, dengan keringat berebut-rebut dan bergasak-gasak dgn pemangsa lain, aku telah berjaya menjadik sang penyelamat. Wahhhh....gumbiranya...

Ada jugak yang aku hampir2 nak amik, tapi aku kawal kehendak diri ini. Antaranya:
  1. Langsir 70% off, memang sangat jarang berlaku utk brand bagus di sini.
  2. Pyrex 70% off jugak. Aku dok pikir mana lagi ruang kat rumah nak letak wei.
  3. Seluar brand Soda for kids. 50% off. Memang lawa n class kalau anak aku pakai.
Iskkkkk....tak tahan tapi cuba menahan diri.

Itu lah aku malam tadi. Menjadik mangsa kepada Jusco Member Day di Aeon Tebrau City.
Aku memang tak boleh pegi ke tempat2 yg namanya seakan-akan - Warehouse Sales, Stock Clearance, Member's Day, dan yg sewaktu dengannya. Aku akan begitu mudah menjadik mangsa.

Inilah antara beberapa kelemahan aku. Camne nak simpan duit pegi Egypt/Italy ni???? Aku punye target nak cover Pyramid or Leaning Tower of Pisa next. Tapi hampeh, duit dah ke Jusco nih...

8 comments:

Yummy Yum said...

Ibarat kata laki aku, inila pompuan, pantang nampak 70% or 50%, juling bijik mata

hurul said...

lin.. tak sangka pulak u ni kaki shopping..

akmalhizam said...

aku terus saja delete sms dari encik aeon apakala diterima berulang-ulang kali.

tapi kalu aku pegi kedai beskal... hmmmpphhh... cuma depa takde pulak letak 50/70% off tuh. chiss...

bagus la kau beli baju utk hubby banyak2.

Noraidalin Buang said...

Aku dah try delete the SMS from Encik Aeon tu, tapi somehow the dates got stuck in my brain. Aku pegi course kat Ponderosa that Thursday, pon diorang ni bercerita pasal Jusco Member's Day. So, tak boleh nak elak :P

umie zazzy said...

fuhh.. dahsyat gak ko bila bershopping... ehh, tp naper aku x dpt sms tu..? baru sgt register hr tu kot..

Noraidalin Buang said...

Bersyukur tak dapat SMS tu. Kang dpt lagik bahaya...eh, ramai org tak sangka aku ni kaki shopping ek...aku pun surprise.

Nisa Minhad said...

aku baca entry ko psl sunglass dulu tu tahu dah ko kaki shopping keh keh. tp frankly aku ni jenis tak kisah brand, tp once dah penah jejak state, blk sini mcm nak stick to certain brand. cuma aku bersyukur wey sbb aku tak dpt email encik2 tersebut, sbb aku tak penah lg (stkt ini) sign-up jadi member mana2 mall yg exist dlm dunia ni :D

Noraidalin Buang said...

Oh bagusnyer Puan Icak. Aku start jadik Mall members ni sejak dari US dulu ler...JC Penney, Sears, Victoria Secret, J. Crew, etc etc. Sebab tu susah nak buang tabiat sign up jadik member ni. Nasib baik catalog business kat Mesia ni tak berapa rancak lagi, kalau tak...isk isk...