Tuesday, March 24, 2009

Geramnya!!!!

Aku paling tak suka...

Aku paling tak suka bila orang suka meminta-minta.
Sebab aku percaya, selagi diberi kudrat, kesihatan dan masa, setiap dari kita wajib untuk mencari dan berusaha keras untuk apa yang kita inginkan.

Ada orang kata, kalau ada rezeki lebih, wajib membantu orang susah.
Aku setuju. Tapi aku akan membantu orang yang aku nak bantu saja.
Siapa mereka? Sudah tentu lah orang yang tidak meminta-minta.

Perasan tak, biasanya orang yang suka meminta-minta ini adalah orang yang sihat, waras dan boleh berusaha untuk apa yang dia inginkan. Cuma dia ada satu penyakit - MALAS. Penyakit yang tiada ubat. Sedangkan orang buta boleh anyam buluh buat mcm2 mende. Ini orang yg terang dan nyata sihat dan waras!!!!

Untuk orang yang suka meminta-minta ni, nak jer aku kata - pegi ******. Allah bagi tenaga, fikiran, tubuh badan sihat, usaha lah. Sebab tu Allah kata Allah akan bagi pada siapa yang berusaha dan berdoa. Ini dah lah pemalas, suka mintak2 pulak tu. Lepas tu berangan tinggi. Bila orang tak nak bantu, kita pulak yang dia kutuk.

Well, for all that I care, kutuk lah berbakul bakul pun. Rezeki ada di mana-mana. Hanya perlu berusaha. Allah Maha Mengetahui dan dia Ya Razzak - sang Maha Pemberi Rezeki. Usaha tangga kejayaan. Zero usaha zero result la bang and kak oiiiiiii.....

Aku akan bantu orang yang aku nak bantu sahaja. Orang yang suka meminta-minta will be the first ones to be struck out of my list.

2 comments:

hurul said...

eh lin.. marahnye.. apa kes?

Noraidalin Buang said...

Oh, ini kes manyak sensitif. Tak boleh cerita di khalayak. Infact, tak boleh cerita langsung! Sebab tu can only release the bayang2 kecewa in here. Hehehe.